Hari ini, Ude Wahid dan isteri pertamanya Intan Liana Salleh telah hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur untuk menguruskan lafaz cerai setelah memfailkan permohonan perceraian pada 30 November 2017.
mStar Online melaporkan, peguam Ude, Datuk Mohd. Zaidi Md. Zain bagaimanapum memohon penangguhan lafaz cerai itu bagi tujuan untuk menyelesaikan beberapa isu tuntutan selepas penceraian dan permohonan itu dibenaran mahkamah.
22 Mac depan ditetapkan bagi sebutan semula kes berkenaan oleh Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin.
Antara alasan penceraian yang disebut oleh peguam Ude adalah tiada persefahaman antara Ude dan isteri pertamanya itu.
Intan, 33, hadir ditemani ahli keluarganya dengan berjubah dan tudung hitam kira-kira pukul 2.10 petang manakala Ude pula tiba pada pukul 2.30 petang.
Intan menangis ketika bercakap dengan wakil media.
Pemuzik bebas itu memfailkan permohonan melalui peguamnya mengikut seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. – beautifulnara.com