Antara 5 Jenis Traveller Ini, Pasti Anda Ada Kawan/Ahli Keluarga Yang Perangai Sebijik Macam Nombor 3

Hiburan

Antara 5 Jenis Traveller Ini, Pasti Anda Ada Kawan/Ahli Keluarga Yang Perangai Sebijik Macam Nombor 3

Bercuti bersama kawan-kawan atau ahli keluarga adalah satu perkara yang menyeronokkan. Kita ada teman untuk berbual, aktiviti-aktiviti boleh dilakukan beramai-ramai dan segala perbelanjaan boleh dikongsi bersama. Bak kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjang. Percutian bersama kawan-kawan atau ahli keluarga memang boleh menjadi satu memori indah.

Abang Nara dan kawan-kawan ketika bercuti ke Korea beberapa tahun yang lalu

Satu perkara yang tak dapat dielakkan apabila bercuti beramai-ramai ini ialah masing-masing mempunyai “kepala” atau perangai tersendiri. Iyerlah setiap manusia kan berbeza, jadi bila melancong pun macam-macam jenis traveller yang ada. Antaranya ialah:-

Advertisement
  1. Jenis bawa semua jenis kamera

Satu-satunya kamera  yang Abang Nara akan bawa ketika bercuti ialah smartphone. Smartphone inilah yang digunakan untuk menangkap segala gambar dan video sepanjang percutian.  Namun ada traveller extreme yang akan membawa segala jenis kamera. Begnya akan dipenuhi dengan kamera digital, kamera DSLR,  drone dan juga GoPro. Memang nampak melampau akan tetapi apabila melihat hasil gambar dan video yang diambil, memang sangat-sangat awesome.

  1. Jenis kuat makan

Apabila melancong, masa makan adalah amat terhad sebab kita perlu ‘explore’ semua tempat yang telah dirancang setiap hari. Kebiasaannya selepas bersarapan berat, waktu makan seterusnya adalah dalam kira-kira jam 2-3 petang. Namun ada jenis traveller yang memang jenis kuat makan. Baru je berjalan sejam dua, dah ajak berhenti di kafe atau restoran dengan alasan perutnya sudah berbunyi.   Kalau travel ke oversea, asal nampak restoran dengan tanda halal je mesti nak berhenti makan dulu. Seronok juga travel dengan diorang nie kerana confirm perut kita akan sentiasa kekenyangan sepanjang masa.

  1. Jenis “overpack”

Nak pergi bercuti seminggu je, tapi bawak beg sampai 5-6 biji seolah-olah nak cuti sebulan.  Ini jenis traveller yang ‘overpack’. Semua barang dia nak bawak termasuklah periuk nasi,  lesung batu dan baju sejuk (padahal pergi negara cuaca sama macam Malaysia je).  Nasihat Abang Nara, bawa benda-benda penting je ketika melancong supaya beg tidak overweight dan kita senang nak tolak beg ke sana ke mari. Paling penting jangan lupa untuk masukkan Bio-Oil ke dalam salah satu beg anda itu.

Tak kiralah anda melancong ke luar negara ke, dalam Malaysia je ke, musim panas ke, musim sejuk ke, Bio-Oil akan memastikan kulit sentiasa terhidrasi dan lembap sekaligus mengelakkan kulit kita merekah, menggelupas atau kekeringan sepanjang percutian. Kalau kulit kering, macam-macam masalah akan timbul seperti seperti gatal-gatal, mudah terluka, ketumbuhan jerawat dan panau terutamanya di bahagian muka. Akibatnya kurang cantiklah gambar atau selfie yang  kita ambil.

Setiap pagi sebelum keluar dari hotel, Abang Nara akan sapukan Bio-Oil yang mengandungi minyak Purecolin ke muka kami sekeluarga untuk memastikan masalah kekeringan tidak berlaku. Kalau perancangan berjalan sampai ke malam, Abang Nara akan pastikan Bio-Oil ini dibawa bersama di dalam beg sandang. Time-time tengah makan atau berhenti untuk sembahyang, boleh sapu sekali lagi untuk memastikan kulit kekal terhidrasi. Memang tak lengkap percutian kalau tiada Bio-Oil.

Untuk makluman, Bio-Oil sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif. Ia juga dijamin halal dan boleh boleh didapati kesemua farmasi seluruh Malaysia dan juga boleh dibeli secara online di sini. Sekiranya anda dah merancang untuk bercuti hujung tahun ini, pastikan jangan lupa untuk bawa Bio-Oil sekali. Confirm percutian anda akan lebih best dibuatnya!!!

Khas untuk pembaca Beautifulnara, gunakan kod  MYHEBN25 untuk mendapatkan  BioOil 60ml untuk RM25 sahaja di  http://bit.ly/Bio-Oil60ml.

  1. Jenis bajet melampau

Kalau pergi melancong dengan jenis bajet melampau ini, memang stress dibuatnya. Iyerlah bila kita travel dengan kawan-kawan dan ahli keluarga, tak adalah semua benda nak berkira. Senang cakap terlebih terkurang tue kira halal je lah. Namun kalau ada jenis bajet melampau nie, semua benda akan dikira satu persatu. Nak makan pun kena ikut bajet harian dia. Tak boleh pergi tempat yang tak ada di dalam perancangan sebab nanti bajet lari. Jimat memang jimat, tapi last-last percutian jadi tak seronok.

  1. Jenis tak kisah “apa-apa pun boleh”

Rata-rata kawan dan ahli keluarga Abang Nara semuanya adalah jenis traveller tak kisah “apa-apa pun boleh” nie. Memang best sebab semua saling memahami, bantu membantu dan tak kedekut bab perbelanjaan. Nak berhenti amik selfie 10 kali kat Eiffel Tower? No problem. Nak makan malam kat kedai mahal sikit sebab lama tak makan nasi? Pun boleh jugak. Hari nie terlebih penat nak jalan-jalan area hotel je? Kita layankan ajer. Memang untung kalau ada kawan/ahli keluarga macam nie. Bercuti jadi best, tak stress dan seronok.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...