Mendedahkan dirinya bakal menimang cahaya mata perempuan tidak lama lagi, pelakon jelita Fasha Sandha yang kini sarat hamil bagai teruja menantikan anak sulungnya bersama pelakon Aidil Aziz.
“Another drama queen,” itu merupakan jeritan Fasha menerusi sepotong video yang dirakamkan oleh usahawan kosmetik Rita Sosilawati.
Malah, Fasha yang baru pulang daripada percutian ‘babymoon’ bersama Aidil dan kedua-dua anaknya, Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemaima di Langkawi itu turut memuat naik beberapa entri di laman Instagramnya yang terkejut dengan perancangan dan sambutan majlis baby shower tersebut.
“Saya tak percaya kalian semua bersungguh-sungguh mengadakan majlis kejutan baby shower ini. Pastinya tak mudah dan saya sangat berterima kasih.”
Majlis baby shower Fasha itu turut dihadiri keluarga dan sahabat karibnya.
Untuk rekod, Fasha telah mendirikan rumah tangga bersama pelakon tampan Aidil pada Mac tahun lalu, malah kehamilan ini adalah bayi pertama mereka selepas keguguran sebanyak dua kali.
Menerusi perkahwinan pertamanya dahulu, Fasha dikurniakan dua orang anak iaitu Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemyma.