Anonymous Malaysia Ancam Serangan Internet Terbesar Di Malaysia

Trending

Anonymous Malaysia Ancam Serangan Internet Terbesar Di Malaysia

anynomous-malaysia

Topeng Guy Fawkes dan pakaian persis Grim Reaper. Sememang memaparkan imej seorang anggota Anonymous. Video yang menggunakan suara auto-tune ini mengugut Najib Razak supaya meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia. Ia juga menuntut Najib Razak menerima siasatan 1MDB dan mereka juga menuntut supaya waran tangkap terhadap editor Sarawak Report ditarik balik.

Advertisement

Individu di dalam video tersebut juga mendakwa beliau adalah salah seorang ahli Anonymous Malaysia yang bekerjasama dengan International Arm of Anonymous dan rakyat Malaysia, untuk melancarkan serangan kepada sistem internet malaysia semasa kempen Bersih 4.0 pada 29 dan 30 Ogos 2015 pada jam 2:30 petang.

Banyak isu yang disentuh termasuk kebakaran ibu pejabat polis Bukit Aman, pembunuhan Altantuya Shaariibuu, pemecatan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kekecohan di Plaza Yow Yatt, skandal 1MDB dan MH370.

Kumpulan ini juga meluahkan kekecewaan terhadap Dato’ Sri Najib Razak, dan menyatakan permintaan mereka supaya Perdana Menteri meletak jawatan.

Laman-laman web yang menjadi sasaran kumpulan ini semasa Bersih 4.0 termasuklah laman web 1MDB, Najib Razak, SPRM, PDRM dan 150 buah laman web lain yang telah dikenal pasti, pada 30 Ogos 2015 selama 48 jam.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...