Annuar Musa Umum Letak Jawatan Presiden KAFA

Trending

Annuar Musa Umum Letak Jawatan Presiden KAFA

Tan Sri Annuar Musa hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berkuat kuasa serta-merta.

Advertisement

Perletakan jawatan itu diumumkan menerusi surat yang diserahkan kepada Setiausaha Agung KAFA, Datuk Ismail Md Noor di Facebooknya, hari ini.

“Dengan hati yang berat, saya dengan ini memaklumkan saya melepaskan jawatan saya selaku presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berkuat kuasa serta-merta.

“Saya berharap tugas ini dapat dipikul mereka yang lebih mampu mengangkat kecemerlangan bola sepak Kelantan sepertimana berjaya dilakukan negeri-negeri lain.

“Saya sentiasa berkeyakinan kita Kelantan mampu mencapai apa yang orang lain capai, asalkan anak Kelantan diberi peluang berbuat demikian,” tulisnya dalam surat peletakan jawatan itu.

Annuar memegang jawatan itu sejak 2007 dan di bawah kepimpinannya, skuad Kelantan yang lebih dikenali sebagai The Red Warriors berjaya memenangi beberapa piala.

Pada 2009, Kelantan sekadar bergelar naib juara dalam final Piala FA dan Piala Malaysia, sebelum berjaya mencipta sejarah dengan gelaran naib juara Liga Super dan juara Piala Malaysia, pada 2010.

Kelantan meneruskan prestasi cemerlang pada 28 Januari 2011 dengan memenangi Piala Sumbangsih, selepas menewaskan juara bertahan, Selangor.

Kehebatan The Red Warriors turut menarik minat pengasas produk kecantikan, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman yang lebih dikenali sebagai Dr Vida untuk memberi tajaan RM16 juta selama 2 musim kepada pasukan itu.

Bagaimanapun, pada 29 Oktober lalu, Annuar berkata, pemilik Vida Beauty Sdn Bhd itu mahu menangguhkan sementara penajaan pada saingan Liga Malaysia musim depan.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...