Annuar Musa Bimbang Ebit Lew Hantar Bantuan Sampai Ke Ketereh

Trending

Annuar Musa Bimbang Ebit Lew Hantar Bantuan Sampai Ke Ketereh

Pada waktu ini ramai yang membandingkan usaha yang dilakukan orang politik dengan usaha yang dilakukan Ebit Lew dalam membantu orang susah.

Tekanan ini nampaknya dirasai Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa yang mengakui dia berasa malu kerana tak dapat buat banyak berbanding Ebit Lew.

Advertisement

Tekanan ini nampaknya dirasai Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa yang mengakui dia berasa malu kerana tak dapat buat banyak berbanding Ebit Lew.

“Dia (Ebit) bukan sahaja di Kuala Lumpur tetapi Semporna, Tawau dan pergi ke Kelantan dan jangan pula sampai ke kawasan (Parlimen) Ketereh nanti dia tengok apa benda yang saya tidak terbuat bagi rakyat saya”.

“Saya bimbang. Jadi terus terang saya beritahu kepada pegawai saya, kalau boleh antara orang figura yang saya hendak jumpa ialah Ebit Lew”.

Annuar juga menyatakan wakil rakyat patut rasa malu dengan apa yang dilakukan Ebit Lew ini dan menghargai usahanya kerana masih mampu melakukan sesuatu walau tidak mempunyai kuasa.

“Hendak kongsi dengan dia, benda yang mungkin (atau) ada perkara yang boleh saya belajar daripada dia dan sebagainya dan kita (wakil rakyat) harus ada perasaan malu”. – Katanya.

Tetapi Annuar tetap memberikan perbezaan tanggungjawab antara pihak kerajaan dan NGO di mana kerajaan perlu memberi tumpuan dalam merangka dasar, agenda dan program yang baik dan ini semua hanya mampu dilihat untuk jangka masa panjang.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...