“Annoying Netizen Puji Lemah Lembut” – Minta Bukti, Naddy Sushi ‘Berang’ Dituduh Pernah Memb*li

Trending

“Annoying Netizen Puji Lemah Lembut” – Minta Bukti, Naddy Sushi ‘Berang’ Dituduh Pernah Memb*li

Pempengaruh media sosial, Naddy Sushi atau nama sebenar, Nadhirah Zamani tampil bersuara di platform Threads bagi menafikan dakwaan kononnya dia terlibat dalam isu membuli.

Dalam entri yang dimuat naik, Naddy meluahkan rasa kecewa apabila dituduh tanpa sebarang bukti atau penjelasan yang sah.

Advertisement

naddy sushi dituduh membuli

Tulisnya,

Kenapa ada yang komen cakap saya pernah buli orang? Macam mana orang boleh percaya je apa yang diperkatakan orang lain tanpa konteks atau bukti?

Menurut Naddy, dia merupakan individu yang pendiam, suka menyendiri dan tidak pernah terlibat dalam sebarang isu buli mahupun menjadi mangsa buli.

Dia juga menegaskan bahawa netizen seharusnya mendapatkan maklumat yang sahih terlebih dahulu sebelum membuat tuduhan melulu. Naddy juga memberi amaran agar tidak mudah terpengaruh dengan dakwaan daripada akaun yang tidak dikenali.

bukti naddy sushi membuli

Setakat ini, tiada kenyataan lanjut daripada pihak lain yang terlibat, namun Naddy berharap orang ramai lebih berhati-hati dalam menyebarkan tuduhan tanpa asas.

pembaca berita buli
2025-07-28 14:43:12

“Tudung Direntap, Kepala Ditunjal” - Individu Dedah Pernah Dib*li Di Sekolah Oleh Pembaca Berita Popular

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...