Anne Ngasri melalui mStar Online hari ini mengakui dia mula merasa mual dan loya sejak kebelakangan ini dan tidak menolak kemungkinan dia sudah berbadan dua.
Anne atau nama sebenarnya Nasriah Ngasri, 29 berharap ianya satu khabar baik yang beliau sedang hamil usia perkahwinan hampir sebulan dengan Setiausaha Kerja, Pergerakan Pemuda UMNO Mohd Sumali Reduan, 41.
Rasa mual itu kerap juga berlaku sejak beberapa hari lalu. Saya pun tidak pasti sama ada mengandung ataupun tidak kerana saya belum membuat pemeriksaan kesihatan lagi.
Tapi harapan saya mudah-mudahan ada rezeki (hamil) itu.
Ini ialah perkahwinan kedua buat kedua-dua Anne dan Sumali. Anne memiliki tiga orang anak dari perkahwinan pertama manakala Sumali memiliki seorang anak.
Dalam perkembangan terbaru, Anne kini menjadi pengacara untuk sebuah program TV9, Semangat Intelek Swadaya (SIS). Dua lagi pengacara SIS ialah pelakon Diana Amir dan Shabana. Kredit gambar Twitter NatrahNottyNutt.