Anne Ngasri Dedah Rahsia Kecomelan

Hiburan

Anne Ngasri Dedah Rahsia Kecomelan

Anda masih ingat lagi dengan Anne Ngasri? Pelakon yang terkenal menerusi drama bersiri Cili Padi yang popular satu ketika dahulu. Mula berlakon sejak umurnya 3 tahun, Anne kini nampaknya masih lagi kekal dengan imej ceria dan comelnya meskipun sudah bergelar isteri orang dan menjangkau usia 30 an. Sehingga kini, Anne masih lagi ditawarkan untuk berlakon watak remaja.

Advertisement

Berbicara mengenai rahsia kecomelannya itu, Anne memberitahu beliau tidak terlalu memikirkan hal remeh temeh dan sentiasa bersifat ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara.

Saya mengamalkan keikhlasan pada setiap perkara. Tanpa merungut, saya menuruti apa saja bahagian saya tanpa berkata apa-apa.  Dengan cara itu, hati saya akan menjadi tenang apabila tidak memikirkan hal remeh-temeh. Buat apa nak fikir lebih-lebih kalau bukan rezeki kita.

Cara itu juga dapat membuatkan saya bertenang sepanjang melalui kehidupan saya dengan mengusir jauh-jauh perkara negatif daripada singgah dalam hati. Itu saja rahsia kecomelan saya. Bukan besar mana pun.

Namun, ia tidak bermakna Anne tidak pernah dilanda masalah.  Walaubagaimanapun, Anne sentiasa cuba untuk bermuhasabah diri dan memperbaiki setiap kelemahan beliau. Buat Anne, jangan terlalu mengikut emosi dan kata hati yang kadang kala akan membawa padah.

Tipulah kalau seseorang yang dilihat sentiasa ceria itu tiada masalah. Rasanya semua orang ada masalah bukan? Jadi saya juga tidak terkecuali.

Dalam hal ini, apa yang penting adalah kawalan hati. Kalau terlalu mengikut perasaan pun tak boleh. Bimbang terlibat dalam perkara tidak betul kemudian hari. Lebih baik bersederhana dalam apa juga perkara.

Begitu ringkas bukan prinsip yang dipegang oleh Anne Ngasri. Kunci utama untuk hidup yang harmoni adalah keikhlasan dan cuba memperbaiki kelemahan yang ada dalam diri. Bila difikirkan, perkara kecil ini kadang-kadang kita terlepas pandang dan hanya memikirkan masalah yang timbul sebagai satu musibah dan bukannya pengajaran.

Sumber Berita : Utusan Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...