Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Anne Ngasri Dan Sumali Rancang Nikah 22 Disember Ini

Jodoh dan maut sememangnya ditentukan olehNya. Selepas bertunang minggu lalu, Anne dan Mohd Sumali Reduan merancang untuk bernikah pada 22 Disember ini. Bercakap kepada Berita Harian hari ini, Anne berharap agar perkahwinan kali kedua ini adalah perkahwinannya yang terakhir.

anne kahwin
Abang Nara pun berdoa agar Anne dan Sumali akan hidup bahagia sehingga ke akhir hayat mereka. Bagi Anne, Sumali hadir pada waktu yang tepat. Kata Anne:-

Advertisement

Dia hadir pada waktu yang tepat dan kami saling melengkapi. Segala-galanya sudah dirancang Tuhan. Saya menginginkan pasangan yang mampu menyempurnakan hidup saya dan anak. Saya ingin membina keluarga sakinah yang menjadi idaman setiap suami isteri.


Sementara itu Sumali yang merupakan Setiausaha Kerja Pemuda Umno menafikan yang dirinya menjadi punca perpisahan hubungan Anne dan Aliff Aziz. Agak menarik juga kisah percintaan mereka berdua. Kata Sumali:-

Mula-mula, saya tiada perasaan terpaut kepadanya. Saya tahu dia ada teman lelaki, jadi saya tidak ganggu. Selepas saya tahu dia sudah putus, saya mula rapat dengannya. Saya akui saya sudah lama perhatikan Anne, bila sudah kenal, saya dapat rasakan kami serasi kerana banyak berkongsi persamaan. Saya selesa berkawan dengan dia. Malah, Anne faham saya ada seorang anak dan dia pula tiga anak.

Apa pun, semoga perancangan Anne dan Sumali akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan. Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan atas perkahwinan yang bakal berlangsung. Semoga keluarga sakinah yang diimpikan akan dapat dicapai.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

61 Comments

  1. anonymous

    November 16, 2012 at 11:20 am

    apasal tunang yg sarungkan cincin..br tunang dah pegang2 ni HARAM

  2. kak jah

    November 16, 2012 at 8:43 am

    Doakan yang terbaik untuk Anne dan suami….Anne cantik dan baik, semuga ALLAH merahmati Anne dan keluarga baru. Aminn

  3. ~~BALU PERMATA~~

    November 16, 2012 at 8:28 am

    emmm blom ape2 lg tengkuk dh nmpak bagai……xlama bole jdi wanita umno la ko anne…..

  4. pelik dgn perangai manusia bodoh

    November 16, 2012 at 8:18 am

    kutuk la jodoh org hodoh la itu la ini la.. dpt kt korg jodoh xde idung xde mulut baru tau. lantak dy la nk pilih sape pun. dah tertulis itu jodoh anne. kte doakan yg terbaik je la. yg korg duk risau first nite dy knape? korg ade skali ke mlm tu? korg nk amek gmbr ke mlm tu? hehhhh..bodoh jgk korg ni ek.xde otak. tuihhhhh…

    • tepen hijau

      November 16, 2012 at 5:03 pm

      yg kutuk ni semua x pnah wat dosa agaknya…agak2 la…klu korg tu perfect sgt bolehla…ntah2 korg lagi teruk…kn lagi baik kita ni doakan je yang terbaik utk pasangan ni…semua yang baik dtg dr ALLAH…pkir2 kan…

  5. keronsang

    November 15, 2012 at 11:40 pm

    o mai god!

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top