November 14th, 2012

Jodoh dan maut sememangnya ditentukan olehNya. Selepas bertunang minggu lalu, Anne dan Mohd Sumali Reduan merancang untuk bernikah pada 22 Disember ini. Bercakap kepada Berita Harian hari ini, Anne berharap agar perkahwinan kali kedua ini adalah perkahwinannya yang terakhir.

anne kahwin
Abang Nara pun berdoa agar Anne dan Sumali akan hidup bahagia sehingga ke akhir hayat mereka. Bagi Anne, Sumali hadir pada waktu yang tepat. Kata Anne:-

Dia hadir pada waktu yang tepat dan kami saling melengkapi. Segala-galanya sudah dirancang Tuhan. Saya menginginkan pasangan yang mampu menyempurnakan hidup saya dan anak. Saya ingin membina keluarga sakinah yang menjadi idaman setiap suami isteri.


Sementara itu Sumali yang merupakan Setiausaha Kerja Pemuda Umno menafikan yang dirinya menjadi punca perpisahan hubungan Anne dan Aliff Aziz. Agak menarik juga kisah percintaan mereka berdua. Kata Sumali:-

Mula-mula, saya tiada perasaan terpaut kepadanya. Saya tahu dia ada teman lelaki, jadi saya tidak ganggu. Selepas saya tahu dia sudah putus, saya mula rapat dengannya. Saya akui saya sudah lama perhatikan Anne, bila sudah kenal, saya dapat rasakan kami serasi kerana banyak berkongsi persamaan. Saya selesa berkawan dengan dia. Malah, Anne faham saya ada seorang anak dan dia pula tiga anak.

Apa pun, semoga perancangan Anne dan Sumali akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan. Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan atas perkahwinan yang bakal berlangsung. Semoga keluarga sakinah yang diimpikan akan dapat dicapai.


61 responses to “Anne Ngasri Dan Sumali Rancang Nikah 22 Disember Ini”

  1. kesian tgk mak jan terdesak says:

    alahai.sian muka lawa2 kawin dgn mamat ni
    mak jan terdesak cenggini la.asal nama jantan sapu jek
    muka tu aku x kisah.dah Allah jadikan muka pecah jamban cmtu.tp perangai tuuu..
    mamat ni ex hubby kazen mak aku. penipu besar, keja dia tipu duit org
    sorrylah ye, mamat ni lidah terjelir mcm org kena sindrom down
    dia perdaya mak mertua dia smpi dia berjaya jual tanah n rumah org tua tu
    sudahnya mak mertua yg dah sakit2 tu merempat kat umah adik beradik lain
    nasib baik kazen mak aku tu dpt kawin lelaki yg baik lepas cerai dgn penipu ni.
    kalau x ntah mak dia tu dicampak ke mana

    • Anonymous says:

      takziah..sebab anda berjaya membuka aib orang. takziah sekali lagi

    • dear anne says:

      semuga Anne dapat jodoh yang baik. dilindungi dari yang tidak bertanggungjawab. banyakkan berdoa ye Anne, minta yang baik dan dapat jaga Anne dan anak2 dunia akhirat.

  2. anne ngasri says:

    ada aku kesah?

Loading...