November 11th, 2012

Tak ada angin tak ada bayu, tup-tup hari ini B*Pop melaporkan yang Anne Ngasri bakal bertunang dengan seorang ahli politik hari ini. Identiti ahli politik tersebut masih kekal rahsia dan khabarnya mereka berdua bakal melangsungkan pernikahan pada bulan Disember ini.

anne ngasri bertunang ahli politik

Tak disangka sungguh Anne Ngasri begitu cepat dapat mencari pengganti selepas berpisah dengan Aliff Aziz. Inilah namanya jodoh. Yang penting, bakal suami Anne ini bukannya suami orang dan mendapat restu keluarga. Kata Anne:-

Majlis pertunangan ini diadakan membabitkan ahli keluarga kami saja. Cukuplah orang tahu, saya sudah bergelar tunangan orang. Kami bertunang pada 11 Disember dan Insya-Allah nak kawin nanti, saya akan undang rakan media untuk meraikan hari bahagia saya bersama-sama. Kalau tiada aral, Disember ini menjadi pilihan kami untuk bernikah.

anne ngasri bertunang ahli politik

Baguslah macam ini. Tunang pun sekejap je. Terus buat majlis nikah. Semoga segala persiapan akan berjalan dengan lancar. Pasti Anne pun tak sabar untuk menjadi isteri orang sekali lagi. Sama-sama kita doakan agar perkahwinan Anne kali ini akan berkekalan selamanya.

P.S Koleksi iklan yang menarik perhatian.


32 responses to “(TAHNIAH)Anne Ngasri Bertunang Dengan Ahli Politik Hari Ini”

  1. ANNE NGASRI says:

    SELAMAT PENGANTIN BARU.

  2. kamal says:

    biasala….anne ni aku geram jugak,,,, kalau dapat gomol kompem mata putuh je yg nampak..

  3. opah says:

    sumali?… ooooooooo tak kenal…

  4. pink pink says:

    patutla di rejek si alif tu sbb dah de calon lain…lebih stabil kononnye…

  5. Anonymous says:

    kan lg bagus macam ni, x de heboh cintan cintun sane sini,
    now tunang and terus nk kawin.. gossip free.. apepun..
    Moga berkekalan hingga jannah. Amin

Loading...