Annas Easkey – Photographer Awesome In The Making

Hiburan

Annas Easkey – Photographer Awesome In The Making

Adakah anda kenal dengan tuan punya nama Mohamad Anas Zahrin bin Atan? Sila jangan kecewa jika tidak mengenali empunya nama tersebut. Bagaimana pula dengan nama Annas Easkey? Pernah dengar kan? Yes, bagi Abang Nara, Annas Easkey adalah salah seorang jurugambar di Malaysia yang sedang mencipta nama dengan begitu pantas sekali.

annas easkey

Advertisement

Yang menariknya, Annas Easkey tidak pernah belajar secara rasmi tentang teknik mengambil gambar. Daripada sekadar suka-suka dengan hanya meminjam kamera kawan, kini Annas Easkey telah pun bergerak secara aktif dengan mengambil gambar beberapa nama besar seperti Memey Suhaiza, Heliza Helmi dan juga Diana Danielle. Kata orang, kalau dah minat pasti akan berjaya. Tak gitu?

annas easkey

Malah nama-nama pereka fesyen besar di Malaysia seperti Hatta Dolmat, Rizaman Ruzaini, Zery Zamry, Hazwanie Osman dan Nik Erwan Roseli juga turut menggunakan khidmat Annas Easkey untuk menjayakan fesyen show oleh model-model mereka. Nampaknya bakat Annas Easkey makin lama makin diketahui orang dan Abang Nara yakin seandainya Annas komited, pasti dia boleh pergi jauh.

annas easkey

Ini bukanlah promosi berbayar daripada Abang Nara untuk Annas Easkey. Abang Nara tak pernah jumpa pun Annas Easkey. Namun Abang Nara memang dari dulu cukup kagum dengan gambar-gambar yang dambil olehnya. Lain daripada yang lain. Tidak tipikal gambar-gambar wedding photographer yang biasa

annas easkey

Kalau anda berminat untuk mengenali Annas Easkey dengan lebih lanjut, silalah follow Twitter Annas Easkey, LIKE Facebook Annas Easkey, atau lebih baik lagi, layari blog Annas Easkey.

annas easkey

Kepada Annas, Abang Nara ucapkan all the best and good luck. Tak sabar nak mengikuti perkembangan anda di masa akan datang. Dan sekiranya anda seorang photographer atau ada info yang menarik untuk dikongsi tentang kerjaya anda bersama pembaca blog BeautifulNara, jangan malu jangan segan untuk menghantar email ke hi [at] beautifulnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...