Anna Jobling Akui Tak Kena Tempias Kontroversi ‘Influencer’ Hilang Dalam Hutan Di Indonesia, Nasihat Jaga Nama Negara

Hiburan

Anna Jobling Akui Tak Kena Tempias Kontroversi ‘Influencer’ Hilang Dalam Hutan Di Indonesia, Nasihat Jaga Nama Negara

Kejayaan pelakon Anna Jobling membina nama dan mendapat sambutan hangat di Indonesia merupakan satu pencapaian yang membanggakan, memandangkan tidak ramai bakat dari Malaysia berjaya menembusi pasaran di sana.

Namun, memetik laporan Mstar, Anna atau nama penuhnya Anna Elissa Gustin Jobling menegaskan bahawa kejayaan itu tidak datang dengan mudah. Sebaliknya, dia terpaksa mengharungi pelbagai cabaran dan rintangan untuk sampai ke tahap ini.

Advertisement

anna jobling

Dalam pada itu, Anna turut berpesan kepada bakat baharu atau pempengaruh yang bercita-cita mahu menembusi pasaran Indonesia agar menghargai setiap peluang yang diberikan dan memanfaatkannya sebaik mungkin.

Tolong pegang peluang elok-elok dan jaga diri.

 

Paling penting jangan sesekali ambil kesempatan dan jagalah kelakuan selain nama baik Malaysia.

Pelakon itu turut berkata, insiden penipuan kehilangan seorang pempengaruh di sebuah hutan di Bandung, Indonesia sehingga menimbulkan kekecohan di antara dua negara itu tidak sepatutnya berlaku.

anna jobling

Dia turut berharap agar insiden itu tidak berulang lagi dan dijadikan iktibar.

Sejujurnya, saya tak kena tempias dengan apa yang berlaku tapi saya cuma boleh nasihat jaga nama baik negara.

 

Kena pandai jaga diri bukan saja di Indonesia tapi di mana-mana kita berada.

Sebelum ini, tular mengenai seorang pempengaruh telah ditemukan selamat selepas dilaporkan hilang di dalam hutan di Bandung, Indonesia.

Mereka kemudian didakwa dengan sengaja melakukan melaporkan berita palsu berhubung kehilangan tersebut.

Walau bagaimanapun, pihak polis Indonesia telah mengesahkan konten yang dilakukan hanyalah lakonan dan rekaan semata-mata.

eyka hilang di indonesia
2 weeks ago

"Jangan Ganggu Atau Hina.." - Seminggu Diam Diri Isu Menipu Hilang Di Hutan Indonesia, 'Influencer' Tampil Mohon Maaf

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Mstar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...