Anjur “Penang Run” Pada Hari Deepavali, Penganjur Tampil Mohon Maaf

Trending

Anjur “Penang Run” Pada Hari Deepavali, Penganjur Tampil Mohon Maaf

Pihak Penganjur Penang Run 2016 memohon maaf kepada penganut beragama Hindu di negeri itu kerana menganjurkan larian pada hari ke-2 sambutan Deepavali, Ahad ini.

Advertisement

Andrew Loh Lean Hock berkata, acara itu telah dirancang Mac lalu dan pihaknya memilih 30 Oktober sempena cuti hujung minggu panjang bagi membolehkan peserta mengambil bahagian dalam larian berkenaan, selain serentak dengan kalendar perlumbaan kebangsaan.

“Ketika itu, saya tidak sedar 30 Oktober 2016 ialah sehari selepas Deepavali.

“Saya amat kesal menganjurkan acara itu ketika sambutan Deepavali. Saya tidak bermaksud untuk tidak menghormati penganut beragama Hindu di Pulau Pinang,” katanya yang mewakili Actife Style Concept Sdn Bhd.

Loh berkata lagi, ActifeStyle ialah penganjur utama larian itu, bukannya kerajaan negeri Pulau Pinang dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang sekadar memberi bantuan teknikal kepada mereka.

“Dengan menganjurkan larian ini begitu dekat dengan Deepavali, anda menafikan peluang kaum India untuk menyertai program ini,” katanya.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...