Walaupun ada segelintir individu bukan pencinta haiwan namun sudah pasti akan ada sedikit rasa ihsan terhadap makhluk ini.
Tindakan yang tidak sewajarnya terhadap makhluk tersebut tidak patut berlaku kerana haiwan juga berhak untuk mendapatkan kehidupan yang aman dan selamat.
Namun, lain pula yang terjadi terhadap seorang wanita yang berkongsi kisahnya di laman TikTok dimana anjing kesayangannya dipercayai dijual tanpa persetujuannya oleh ‘orang rumah’ nya. Hal itu menyebabkan wanita itu berasa sungguh kecewa meskipun anjing kesayangannya itu merupakan anjing kampung.
https://www.tiktok.com/foryou?_d=secCgYIASAHKAESMgowBCO%2BmMH6KLjAj%2BvkGC7rMTlrb2rVv666K4R%2Fx2Hcxg%2BFHiKdmTGBj2wXvWrj%2BWJLGgA%3D&language=en&mid=6963794741368474369&preview_pb=0®ion=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAA0mAzJex1IDDrIcZuFOMLRN8gw02HmSF5_AXYfxL1BpunPODc1CBulCZVxje9cajE&share_app_id=1180&share_item_id=6963794837762067714&share_link_id=0db467d7-cb12-46e0-88a8-f6ad24dc404a&source=h5_t×tamp=1621497722&u_code=dajel670g4al70&user_id=6790340624061449218&utm_campaign=client_share&utm_medium=android&utm_source=telegram&_r=1&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1&item_id=6963794837762067714#/@kevinaaapriscillaaa/video/6963794837762067714
Apa yang lebih meruntun jiwa ialah apabila anjing kesayangan wanita ini dipotong oleh pemilik baru. Apa salah anjing tu, hmm…
Hal itu dimaklumkan oleh ibunya menerusi perbualan di Whatsapp dan ibunya sempat memujuk anaknya untuk pergi keluar bersiar-siar sambil mencari makanan. Macam takda jadi apa pulak…
Kelihatan hubungan wanita ini dengan anjing kesayangannya itu sungguh akrab, jadi tidak hairan kalau dia berasa sungguh kecewa kalau anjing kesayangannya diperlakukan sedemikian.
https://www.tiktok.com/@kevinaaapriscillaaa/video/6963795146756328706?lang=en&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
Pun begitu, rakannya juga seakan mengejek wanita ini kerana kecewa anjing kesayangannya dijual.
“Anjing kampung je pun, hahah”
Wanita ini juga turut kecewa kerana dia dijadikan bahan lawak sekiranya cuba untuk meluahkan perasaan kepada rakannya.
“Anjing kampung tak layak untuk hidup lebih baik? Cuba cakap guna otak”
Rata-rata warganet juga terkilan dan kecewa terhadap individu yang sanggup menjual haiwan tersebut tanpa persetujuan daripada pemilik.
Haiwan juga berhak untuk mendapatkan kehidupan yang selamat dan dikelilingi dengan orang yang baik sama seperti haiwan lain. Semoga wanita ini sabar dan tabah dengan apa yang dihadapinya