Anjing Ini Bertarung Bunuh 4 Ekor Ular Tedung, Demi Lindung Keluarga Tuannya Sebelum Rebah Mati

Trending

Anjing Ini Bertarung Bunuh 4 Ekor Ular Tedung, Demi Lindung Keluarga Tuannya Sebelum Rebah Mati

Bercakap mengenai sayangkan keluarga seekor anjing telah berjuang untuk menyelamatkan keluarga tuannya daripada diserang oleh empat ular tedung sebelum mati akibat dipatuk di kampung Sebekapur daerah Gajapati, 400 kilometer dari Bhubaneswar, lapor IndiaTimes.

Advertisement

Anjing jenis Dobermen itu telah membunuh kesemua reptilia berbisa berkenaan sebelum rebah.


“Saya amat terkejut, anjing itu telah membuat pengorbanan yang amat besar untuk saya dan keluarga, saya akan ingat pengorbanannya itu sampai bila-bila.”

“Saya akan berdoa kepada tuhan semoga seluruh roh dan jiwanya akan pergi dalam keadaan tenang,” kata pemilik anjing berkenaan yang ternyata dalam kesedihan.

Ular yang dikenalpasti sebagai ular tedung gunung itu dipercayai telah memasuki kawasan rumah penduduk kampung akibat musim tengkujuh di mana sarang reptilia berkenaan dipenuhi air.

Pada Isnin lalu, empat ekor ular tedung berkenaan telah cuba memasuki rumah keluarga tetapi disedari oleh anjing tersebut menyebabkan ianya terus ke pintu rumah menghalang reptilia berkenaan daripada masuk.

Dia dilihat bergelut dengan ular-ular itu sehingga tanah di halaman rumah yang berlaku dalam tempoh yang agak lama sehingga reptilia itu mati dan anjing berkenaan dipenuhi darah.

Anjing tersebut dilihat terus bertarung sehingga setiap ekor ular berkenaan mati demi menghalang keluarga tuannya diserang sebelum ia rebah akibat terkena bisa.

Demi menghargai pengorbanan haiwan berkenaan, penduduk kampung telah meletak kalungan bunga pada badan anjing tersebut sebelum ditanam.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...