Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Anita Sarawak Tidak Ada Sakit Kanser Ataupun Bercerai – Noor Kumalasari

Kehilangan penyanyi popular, Anita Sarawak daripada industri seni sejak tahun 2011 mencetuskan pelbagai tanda-tanya dan spekulasi. Selepas dikhabarkan sudah bercerai dengna suaminya Mahathir, timbul pula  khabar angin mengatakan Anita kini sudah kembali ke Malaysia dan sedang menerima rawatan bagi sakit kanser yang dihidapinya.

Advertisement

Namun, menurut adiknya Noor Kumalasari segala berita tersebut adalah tidak benar. Katanya, Anita masih lagi menetap di Amerika Syarikat dan aktif dalam bidang perniagaan jual beli hartanah bersama suaminya.

Semua khabar angin mengenai Anita yang dikatakan sakit, rambutnya gugur, bercerai dan macam-macam lagi adalah tidak benar. Dia tidak menghubungi saya kerana dia tahu, kalau orang ramai tahu, mereka akan mencari saya. Jadi, dia banyak menghubungi kakak saya.

Kakak sendiri bercakap dengan Anita dan suaminya, Mahathir Abdullah sekaligus mengesahkan bahawa mereka masih lagi suami isteri. Mereka masih menetap di Amerika Syarikat, tapi bukan di daerah Las Vegas lagi.

Dia dan suaminya menjalankan perniagaan berkaitan hartanah dan jual beli rumah. Mereka sering berpindah-randah dari satu tempat ke satu tempat.

Menurut Noor, kakaknya itu hanya mahukan kehidupan normal dan lebih privasi seperti orang lain. Tidak mahu lagi terus dibayangi dengan dunia glamor.

Sumber Berita : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

7 Comments

  1. Ros

    October 10, 2018 at 9:48 am

    Alhamdulillah kak Nita masih sihat. Jangan balik Malaysia lah, mulut netizen melayu makin macam barua, seni dah mati, agamawan makin fasik. Stay in US and live a peaceful positive life, pepun ia masih bumi ciptaan Allah.

  2. Anonymous

    October 9, 2018 at 10:33 pm

    Berpindah randah…rmh sendiri dh jual..hari tua ada rmh sendiri tak.

  3. Anonymous

    October 9, 2018 at 5:16 pm

    duk msia susah sbb org anggap anita ni high class…. dah tua2 kene jimat2 skit mane bleh nk stay maintenance mahal2… susah diknon kalo peminat nmpk diorg mkn kt kfc jer.. nnti group bawang start mengupas

    • Sis

      October 9, 2018 at 5:25 pm

      Dah rezeki dia kat sana. Kat sana x de orang kenal, bebas bergerak. Dia tinggalkan msia aritu lepas husband dia kena tetak dgn perompak.

  4. Smartbird

    October 9, 2018 at 3:14 pm

    Alhamdullilah…..will get to see her perform again, I hope. Semoga dirahmati Allah swt dan dimudahkan segala urusan anda dan suami, amin.

  5. anon

    October 9, 2018 at 2:52 pm

    yo lah tuu

    • WickEd

      October 9, 2018 at 2:59 pm

      Yela ke tak baikla dia cover aib akak dia…camni la adik beradik…apapun masa dia muda dulu hot tinggi kurus rambut panjang…

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top