Kehilangan penyanyi popular, Anita Sarawak daripada industri seni sejak tahun 2011 mencetuskan pelbagai tanda-tanya dan spekulasi. Selepas dikhabarkan sudah bercerai dengna suaminya Mahathir, timbul pula khabar angin mengatakan Anita kini sudah kembali ke Malaysia dan sedang menerima rawatan bagi sakit kanser yang dihidapinya.
Namun, menurut adiknya Noor Kumalasari segala berita tersebut adalah tidak benar. Katanya, Anita masih lagi menetap di Amerika Syarikat dan aktif dalam bidang perniagaan jual beli hartanah bersama suaminya.
Semua khabar angin mengenai Anita yang dikatakan sakit, rambutnya gugur, bercerai dan macam-macam lagi adalah tidak benar. Dia tidak menghubungi saya kerana dia tahu, kalau orang ramai tahu, mereka akan mencari saya. Jadi, dia banyak menghubungi kakak saya.
Kakak sendiri bercakap dengan Anita dan suaminya, Mahathir Abdullah sekaligus mengesahkan bahawa mereka masih lagi suami isteri. Mereka masih menetap di Amerika Syarikat, tapi bukan di daerah Las Vegas lagi.
Dia dan suaminya menjalankan perniagaan berkaitan hartanah dan jual beli rumah. Mereka sering berpindah-randah dari satu tempat ke satu tempat.
Menurut Noor, kakaknya itu hanya mahukan kehidupan normal dan lebih privasi seperti orang lain. Tidak mahu lagi terus dibayangi dengan dunia glamor.