Adik kepada penyanyi popular Anita Sarawak iaitu Noorkumalasari mengesahkan kakaknya itu sudah bersara daripada bidang nyanyian dan kini sedang fokus dalam bidang perniagaan hartanah bersama suaminya Mahathir di Las Vegas.
Perkara tersebut diberitahu oleh Anita sendiri kepada Noorkumalasari ketika mereka berhubung sekitar bulan Mac lalu.
Ketika itu saya memberitahunya ada pihak mahu membuat tawaran mengadakan persembahan, tetapi dia memaklumkan sudah tidak menyanyi. Saya terkejut dan bertanya sekali lagi untuk mengesahkan perkara itu, dia menjawab memang betul dan dia gembira dengan apa yang dilakukannya sekarang (berniaga).
Kebiasaannya dia (Anita) yang akan hubungi saya kerana ia lebih mudah. Dia juga memaklumkan belum mahu pulang ke Malaysia dan Singapura kerana sibuk dengan urusan perniagaan itu.
Berita ini sekaligus menafikan dakwaan bahawa Anita sudah membawa diri kerana bercerai dengan suaminya.
http://i386.photobucket.com/albums/oo307/beautifulnara/artis%20malaysia/anita%20sarawak.png
Buat Anita Sarawak semoga segala perancangan anda dipermudahkan. Namun, janganlah lupakan peminat setia Kak Nita yang tidak sabar menanti anda pulang ke tanah air.