Anita Sarawak Dilaporkan Sedang Derita Sakit Kanser?

Hiburan

Anita Sarawak Dilaporkan Sedang Derita Sakit Kanser?

Misteri kehilangan penyanyi bertaraf lagenda dan “super star” Anita Sarawak sehingga hari ini masih belum terjawab. Pelbagai spekulasi yang kita dengan antaranya beliau sudah berhenti daripada bidang nyanyian, menjual rumahnya di Las Vegas dan dikatakan sudah berpisah dengan suaminya. Namun, semuanya hanya khabar angin tanpa sebarang kesahihan.

Advertisement

Sudah tujuh tahun menghilangkan diri, terbaru Raja Mawar menerusi portal BH ONLINE melaporkan Anita ataupun lebih mesra dengan panggilan Kak Nita kini sedang menerima rawatan bagi sakit kanser yang dihidapinya di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.

Rumah Kak Nita di Las Vegas yang sudah dijual

Khabar terbaru yang kedengaran, Kak Nita kini dikatakan mendapatkan rawatan penyakit kanser di sebuah hospital swasta di ibu kota.

Dokumen jual beli rumah

Khabarnya, ada artis lama yang rapat dengannya sudah menziarahinya, tetapi tidak diizinkan membuka mulut atas permintaan penghibur itu sendiri. Dengarnya, wajah Kak Nita sudah jauh berbeza hingga peminat tidak lagi mengenalinya.

Sejauh mana kebenaran disebalik berita ini tidaklah diketahui, agak mengejutkan juga apabila dapat tahu Kak Nita sedang sakit. Berkat bulan Ramadhan ini, kami mendoakan agar Kak Nita diberikan kekuatan serta semangat untuk melawan apa sahaja dugaan yang beliau sedang hadapi. Harapnya satu hari nanti pintu hatinya terbuka untuk kembali “munculkan diri” kerana ramai peminat yang merindui dirinya.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

27 Comments

  1. summer

    May 31, 2018 at 2:20 pm

    salam semua…………….setiap musibah yang menimpa ada hikmahnya. pengakhiran hidup lebih penting dari segalanya……………Alhamdulillah…..untuk sehalanya

  2. sepaun

    May 31, 2018 at 1:11 pm

    semoga kak nita & keluarga serta kita semua sentiasa dilindungi & dirahmatiNya..

  3. PP

    May 31, 2018 at 12:17 pm

    Sakit tu rahmat Allah..sakit jgk adalh loceng amaran utk kita bertaubat..bersih jiwa n bertawakkal pd Allah..moga kak Nita diberi rahmat Allah..Amiin YRA..

  4. Anonymous

    May 31, 2018 at 11:18 am

    Rumah tu kan dah dijual, dah tentu la pemilik baru yg letakkan tanda tu, adoi, berfikiran rasional le sikit megat komeng ooii..

  5. Anonymous

    May 31, 2018 at 11:14 am

    Rumah tu kan dah dijual? Mesti la pemilik yang baru yg letakkan tanda tu di situ…cuba la brfikiran rasionalsikit wahai megat komeng

Loading...