Misteri kehilangan penyanyi bertaraf lagenda dan “super star” Anita Sarawak sehingga hari ini masih belum terjawab. Pelbagai spekulasi yang kita dengan antaranya beliau sudah berhenti daripada bidang nyanyian, menjual rumahnya di Las Vegas dan dikatakan sudah berpisah dengan suaminya. Namun, semuanya hanya khabar angin tanpa sebarang kesahihan.
Sudah tujuh tahun menghilangkan diri, terbaru Raja Mawar menerusi portal BH ONLINE melaporkan Anita ataupun lebih mesra dengan panggilan Kak Nita kini sedang menerima rawatan bagi sakit kanser yang dihidapinya di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.

Rumah Kak Nita di Las Vegas yang sudah dijual
Khabar terbaru yang kedengaran, Kak Nita kini dikatakan mendapatkan rawatan penyakit kanser di sebuah hospital swasta di ibu kota.

Dokumen jual beli rumah
Khabarnya, ada artis lama yang rapat dengannya sudah menziarahinya, tetapi tidak diizinkan membuka mulut atas permintaan penghibur itu sendiri. Dengarnya, wajah Kak Nita sudah jauh berbeza hingga peminat tidak lagi mengenalinya.
Sejauh mana kebenaran disebalik berita ini tidaklah diketahui, agak mengejutkan juga apabila dapat tahu Kak Nita sedang sakit. Berkat bulan Ramadhan ini, kami mendoakan agar Kak Nita diberikan kekuatan serta semangat untuk melawan apa sahaja dugaan yang beliau sedang hadapi. Harapnya satu hari nanti pintu hatinya terbuka untuk kembali “munculkan diri” kerana ramai peminat yang merindui dirinya.

Mai
June 1, 2018 at 5:58 am
Kak nita sakit kanser apa……semoga dia cepat sembuh…..
Kak fake
May 31, 2018 at 9:45 pm
Dah lama tau, kak Nita Ada Di tung shin hospital.mmg sedang rawatan kanser
Anonymous
May 31, 2018 at 8:57 pm
Harap kak nita cepat sembuh.sakit tu adalah rahmat Allah.semoga kak nita dan kita semua akan berubah kpd yg lebih baik.
makmawar
May 31, 2018 at 3:18 pm
alahai…lambing salib tu tak der hal…yg ramai posa tapi tak semayang apa cerita,,,,,,,,,,,,,,,,,,kiranya darurat kita boleh solat dalam gereja………
ciK piNgu
May 31, 2018 at 2:39 pm
gmbr isu salib depan rumah kak nita ni; ni penah tgk kat porem cari. byk info2 kat sana yg porumer gali dan tampal utk tatapan.
iols lupa mcmne isu salib tu, mmg dh ade atau lps dh pindah baru ada.
yg ptg kte doa yg baik2 utk kesihatan kak nita. mmg dia menghilangkan diri lamaaaa sgt.
sherry
May 31, 2018 at 3:01 pm
kita doakan yang baik2 untuk kesihatan kak nita <<< tapi uols pergi keluarkan cerita salib kat rumah dia.ni dah kira mengaibkan orang dik.tak perlu mention pon sebenarnya..dasar sangat