Misteri kehilangan penyanyi bertaraf lagenda dan “super star” Anita Sarawak sehingga hari ini masih belum terjawab. Pelbagai spekulasi yang kita dengan antaranya beliau sudah berhenti daripada bidang nyanyian, menjual rumahnya di Las Vegas dan dikatakan sudah berpisah dengan suaminya. Namun, semuanya hanya khabar angin tanpa sebarang kesahihan.
Sudah tujuh tahun menghilangkan diri, terbaru Raja Mawar menerusi portal BH ONLINE melaporkan Anita ataupun lebih mesra dengan panggilan Kak Nita kini sedang menerima rawatan bagi sakit kanser yang dihidapinya di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.
Khabar terbaru yang kedengaran, Kak Nita kini dikatakan mendapatkan rawatan penyakit kanser di sebuah hospital swasta di ibu kota.
Khabarnya, ada artis lama yang rapat dengannya sudah menziarahinya, tetapi tidak diizinkan membuka mulut atas permintaan penghibur itu sendiri. Dengarnya, wajah Kak Nita sudah jauh berbeza hingga peminat tidak lagi mengenalinya.
Sejauh mana kebenaran disebalik berita ini tidaklah diketahui, agak mengejutkan juga apabila dapat tahu Kak Nita sedang sakit. Berkat bulan Ramadhan ini, kami mendoakan agar Kak Nita diberikan kekuatan serta semangat untuk melawan apa sahaja dugaan yang beliau sedang hadapi. Harapnya satu hari nanti pintu hatinya terbuka untuk kembali “munculkan diri” kerana ramai peminat yang merindui dirinya.