“Anita Baharom Tak Cukup Setahun Tak Ada Isu Pun” – Shuib Rimas Netizen Selalu Sibuk Hal Watie

Hiburan

“Anita Baharom Tak Cukup Setahun Tak Ada Isu Pun” – Shuib Rimas Netizen Selalu Sibuk Hal Watie

Sedia maklum, hubungan di antara pelawak, Shuib Sepahtu dan Watie Hanafiah sering kali menjadi tumpuan netizen sejak akhir-akhir ini.

Hubungan mereka selalu mendapat perhatian hingga ada yang banyak membuat andaian tidak betul mengenai wanita tersebut dengan mengatakan dirinya bakal menjadi ibu tiri garang buat anak-anak.

Advertisement

Susulan andaian berkenaan, Shuib yang juga merupakan penyampai radio Suria FM turut meluahkan rasa hairan apabila sesetengah netizen memandai menularkan khabar angin tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Watie Hanifiah (@iamwatie)

Kang kalau saya kahwin, nanti orang marah. Bila Anita Baharom kahwin, tak cukup setahun (suami meninggal) tak ada isu pun.

Dalam pada masa yang sama, bapa kepada empat orang cahaya mata itu akui ramai yang mengambil berat tentang dirinya tetapi apabila soal perkahwinan, hanya dia serta pasangan saja yang kenal satu sama lain.

Tambahan Shuib lagi, dia berasa rimas dan senstif apabila diajukan soalan mengenai wanita yang akan mengantikan isteri kesayangan, Allahyarham Siti Sarah.

Sebelum ini, Shuib ada memuat naik gambar makan bersama anak-anak di restoran cef terkenal, Gordon Ramsay, namun hal yang menjadi perhatian apabila netizen terlihat ada satu refleksi tubuh wanita kelibat Watie di cermin belakang Shuib.

Shuib watie
2 years ago

“Sah Dah La Tu” - Shuib Kongsi Foto Makan Di Restoran Mewah Bersama Anak, Netizen Nampak Bayang Watie di Cermin?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...