Anis Al- Idrus Sudah Ada Pengganti Sharnaaz Ahmad

Hiburan

Anis Al- Idrus Sudah Ada Pengganti Sharnaaz Ahmad

Jika Sharnaaz Ahmad sedang menyulam kasih dengan kakak Neelofa iaitu Noor Nabila, kini bekas kekasihnya Anis Al-Idrus turut sudah bertemu dengan pegganti dan sedang mengenali hati budi masing-masing dengan lebih mendalam.

Advertisement

Memang saya sedang dalam proses mengenali hati budi seseorang kini. Jika kami sudah ke tahap serius, baharu saya bersedia untuk bercerita. Jika tidak, lebih baik saya simpan sebagai hal peribadi sahaja.

Walaubagaimanapun, baru-baru ini ada gosip mengatakan beliau sedang hangat bercinta dengan  Ungku Ismail selepas foto mereka mempromosikan kempen #TravellingBeruang  mula tersebar. Sama seperti kenyataan Ungku Ismail sebelum ini, Anis juga menegaskan hubungan mereka tidak lebih daripada seorang teman ketika di lokasi penggambaran.

Nak kata rapat tu memang tiada. Sekadar berkawan di lokasi penggambaran sahaja. Rasanya desas-desus ini timbul selepas gambar itu tersiar. Tetapi memang tidak benar sama sekali dan kehadiran saya bersama dengan patung tersebut hanya untuk menyokong projek itu.

Oklah kalau dua-dua dah move on, kalau Sharnaaz leh tampilkan kemesraan beliau bersama wanita lain mengapa pula Anis tidak boleh mencari kebahagiaannya sendiri bukan? Harapnya hubungan Anis kali ini akan berkekalan sehingga ke jinjang pelamin. Barang yang lepas jangan dikenang, sedangkan si lelaki tidak pernah mengakui si jelita sebagai teman wanita..ops.

Sumber Berita : Malaysian Digest

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...