Jika Sharnaaz Ahmad sedang menyulam kasih dengan kakak Neelofa iaitu Noor Nabila, kini bekas kekasihnya Anis Al-Idrus turut sudah bertemu dengan pegganti dan sedang mengenali hati budi masing-masing dengan lebih mendalam.
Memang saya sedang dalam proses mengenali hati budi seseorang kini. Jika kami sudah ke tahap serius, baharu saya bersedia untuk bercerita. Jika tidak, lebih baik saya simpan sebagai hal peribadi sahaja.
Walaubagaimanapun, baru-baru ini ada gosip mengatakan beliau sedang hangat bercinta dengan Ungku Ismail selepas foto mereka mempromosikan kempen #TravellingBeruang mula tersebar. Sama seperti kenyataan Ungku Ismail sebelum ini, Anis juga menegaskan hubungan mereka tidak lebih daripada seorang teman ketika di lokasi penggambaran.
Nak kata rapat tu memang tiada. Sekadar berkawan di lokasi penggambaran sahaja. Rasanya desas-desus ini timbul selepas gambar itu tersiar. Tetapi memang tidak benar sama sekali dan kehadiran saya bersama dengan patung tersebut hanya untuk menyokong projek itu.
Oklah kalau dua-dua dah move on, kalau Sharnaaz leh tampilkan kemesraan beliau bersama wanita lain mengapa pula Anis tidak boleh mencari kebahagiaannya sendiri bukan? Harapnya hubungan Anis kali ini akan berkekalan sehingga ke jinjang pelamin. Barang yang lepas jangan dikenang, sedangkan si lelaki tidak pernah mengakui si jelita sebagai teman wanita..ops.