Raja Afiq nama yang sudah mula mendapat perhatian wanita-wanita selepas membintangi drama yang kini sedang ditayangkan di TV3 iaitu Sayangku Kapten Mukhriz.
Malah, Anis juga menerusi portal Berita Harian mengesahkan beliau sedang bercinta dengan Raja Afiq.
Anis pada masa yang sama memberitahu beliau tidak pernah serik untuk menjalinkan hubungan istimewa bersama artis.
Anis dan Raja Afiq mula rapat sekitar Ramadan lalu selepas sama-sama terbabit dalam beberapa acara anjuran TV3.
Ya, dia kekasih saya. Serik atau tidak bercinta dengan artis itu bukan persoalan. Apa yang terjadi antara saya dan dia tidak dirancang. Kisah lama saya juga sudah terpadam dan tidak perlu diungkit lagi.
Buat Anis, Raja Afiq seorang yang sangat matang walaupun usianya agak muda dan berbudi bahasa orangnya.
Walaupun umurnya masih muda, namun perangai dan kelakuannya sangat matang.
Kami mendoakan agar hubungan pasangan ini boleh berkekalan sehingga jinjang pelamin. InshaAllah. Seorang cantik seorang lagi agak kacak, memang sepadan dah tu.