Baru-baru ini, pelakon Anis Al Idrus telah mengadakan satu sidang media khas bagi mengumumkan tarikh perkahwinannya yang bakal berlangsung pada 7 Julai depan. Walaubagaimanapun, netizen mempertikaikan foto-foto sewaktu sidang media tersebut dimana Anis dikatakan bergambar terlalu “intim” serta mesra bersama tunangnya.
Tidak mahu isu tersebut terus berpanjangan, Anis menjelaskan foto-foto tersebut diambil secara spontan. Anis turut meminta maaf sekiranya “aksi” mesra beliau itu mengundang rasa tidak selesa dikalangan masyarakat.
Terlebih dahulu saya minta maaf sekiranya gambar-gambar tersebut telah menimbulkan rasa kurang senang peminat. Gambar tersebut diambil secara spontan kerana usikan manja daripada jurugambar. Lagipun saya sudah terbiasa dengan sesi fotografi sebelum ini. Macam Aiman, dia tidak pernah terlibat dengan dunia seni jadi dia agak takut-takut dan kaku.
Harapnya dengan penjelasan serta permohona maaf Anis ini, tiada lagi pihak yang terus membangkitkan isu tersebut. Biasalah, ketika bergambar kadang-kadang kita tidak perasan apa yang dilakukan.