“Aniaya Isteri Anak Terang-Terangan” – Cik Pia Dedah Boss Kay Hanya Beri RM3K Untuk Kos Bersalin & Nafkah 7 Bulan

Kehidupan

“Aniaya Isteri Anak Terang-Terangan” – Cik Pia Dedah Boss Kay Hanya Beri RM3K Untuk Kos Bersalin & Nafkah 7 Bulan

Sejak membuat pendedahan mengenai suami tidak menemai sewaktu mahu bersalin serta tiada ketika membuat pendaftaran MyKid anak, netizen amat bersimpati dengan nasib seorang wanita bernama Cik Pia.

Selepas bercerai, bekas suami yang juga merupakan seorang Guru TikTok telah mengahwini wanita lain untuk kali ketiga dan hal yang membuatkan Cik Pia berasa kecewa kerana lelaki terbabit culas memberi nafkah anak-anak.

Advertisement

Tidak mendiamkan diri, Guru TikTok yang dikenali sebagai Boss Kay menegaskan bahawa dirinya dia sudah selesai menyelesaikan bayaran nafkah cuma tidak memberitahu secara umum dan memberitahu ia melibatkan duit puluhan ribu ringgit.

Susulan itu, Cik Pia membalas bahawa dia hanya menerima sekitar RM3000 sahaja untuk tampung kos bersalin serta keperluan lain selama 7 bulan ini.

Dalam pada itu, duit puluhan ribu ringgit itu pula adalah bayaran semula segala hutang Boss Kay terhadap bekas isteri termasuklah KWSP dan pembelian barangan pejabat sewaktu tahun 2022.

Sekadar info, konflik antara Cik Pia dan Boss Kay mula menjadi perhatian setelah wanita terbabit memuat naik video bahawa suami mengabaikannya serta meluangkan masa dengan wanita lain sewaktu dia sedang menunggu hari mahu bersalin di hospital.

cik pia tanggung hutang bekas suami
11 months ago

"Dia Bercuti Sana Sini, Nafkah Tak Bagi" - Cik Pia Selesaikan Hutang Bekas Suami, Anak Usia 6 Bulan Tak Kenal Bapa

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...