Beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu dan Pahang sudah dinaiki air dan banjir membuatkan ramai penduduk mula beredar dari kediaman masing-masing untuk ke tempat yang lebih selamat.
Sementara tunggu reda, mereka akan tinggal di satu tempat yang ditetapkan dengan barang keperluan yang sempat diselamatkan.
Tular satu video yang mencuri perhatian netizen di media sosial di mana ia memaparkan gelagar sekumpulan individu bersungguh-sungguh mengusung sebuah motosikal RXZ di atas bot.
Rumah itu sudah pun ditenggelami air banjir dan kegigihan mereka yang saling membantu menahan bot agar ia kekal setempat telah mendapat pelbagai respon daripada netizen yang sempat memerli.
Rumah tenggelam takpo, jange motor RXZ.😌
Kredit video : Himpunanceritalawak pic.twitter.com/yecPTRNDYg
— Abang aji🪵 (@apanakdikato) November 27, 2024
Video tersebut telah mendapat pelbagai komen daripada netizen di mana rata-ratanya menyindir gelagat sekumpulan lelaki tersebut yang dilihat seolah-olah lebih mementingkan motosikal daripada nyawa sendiri.
Bagaimanapun, segelintir individu berpendapat perbuatan itu adalah untuk mengelak daripada motosikal terbabit ‘jatuh harga’ dan berkata netizen tidak perlu mempertikai mengapa mereka menyelamatkan ‘jentera’ terbabit.
Alahai, biarlah dorang. Rumah tu bukannya boleh diangkat untuk selamatkan.
Setakat semalam, 21,667 mangsa banjir membabitkan 6,526 keluarga direkodkan di enam negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Johor, Perak, Perlis dan Sarawak.
Kelantan merekodkan negeri terburuk dilanda bencana itu apabila 19,162 mangsa daripada 5,690 keluarga berlindung di 120 PPS.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.