Angkuh ‘Reply’ Komen Netizen, Pihak Berkuasa ‘Hadir’ Cabut Pagar Depan Kedai. Rupanya Tiada Permit!

Trending

Angkuh ‘Reply’ Komen Netizen, Pihak Berkuasa ‘Hadir’ Cabut Pagar Depan Kedai. Rupanya Tiada Permit!

Kecoh di media sosial baru-baru ini tentang seorang wanita yang merupakan pemilik kedai kosmetik telah memasang pagar di kaki lima di luar pintu premis perniagaannya terletak di Pasir Gudang, Johor Bahru.

Tindakan wanita dikenali sebagai Ayu Rania itu mengundang kecaman ramai yang berasa ia tidak patut dilakukan kerana mengganggu orang awam yang lain terutamanya golongan orang kelainan upaya untuk lalu di kaki lima.

Advertisement

Bukan itu sahaja, dia turut dikecam hebat gara-gara caranya membalas komen orang ramai selepas peniagaannya menjadi tular dan terpalit dengan isu buruk.

Ramai turut berasa annoyed dengan ‘kemegahan’ Ayu apabila melihat caranya memberi respon serta membalas komen-komen netizen di Facebook.

Isu itu telah mendapat perhatian Majlis Bandaraya Pasir Gudang yang dilaporkan telah membuka struktur binaan kekal (pagar) berwarna hitam tersebut semalam.

Jelas MBPG, pembukaan pagar itu adalah berikutan ketiadaan permit atau kebenaran daripada pihak mereka selepas dua notis lawatan dikeluarkan sebelum ini dan kegagalan pemilik premis mematuhi notis tersebut.

 

Ushawan kosmetik viral
2 years ago

"LAPAR VIEW KE LAPAR VIRAL?" - Bina Pagar Keliling Premis, Usahawan Kosmetik Berang Kedainya Tular Di Media Sosial

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...