Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Angkara Sihir, Bapa Si Comel Fattah Anas Hidap Penyakit Misteri -“34 jarum Karat Keluar Daripada Badan..”

Masihkah anda ingat si cilik Fattah Anas yang pernah tular kerana teletah comelnya di media sosial? Semakin murah rezeki selepas dikenali dan bergelar duta kepada beberapa buah produk, baru-baru ini bapa kepada Fattah iaitu Mohamad Firdaus mendedahkan bahawa dia kini sedang pulih daripada mengalami penyakit misteri gara-gara sihir.

Advertisement

Menurut Mohamad Firdaus, penyakit misteri yang dialaminya itu rupa-rupanya sudah lama ada di dalam tubuh badannya. Dia dilihat telah berkongsikan perkara itu di laman Instagramnnya untuk pengetahuan peminat.

Menerusi perkongsian tersebut, Firdaus turut memuat naik beberapa foto menunjukkan cecair seperti muntah darah dan beberapa bilah jarum.

Tambahnya lagi, dia hanya mengetahui bahawa dia telah terkena buatan orang setelah mendapatkan rawatan alternatif.

“Kalau ikutkan, saya sendiri tidak menyedari perkara ini. Namun apabila dapatkan rawatan alternatif, saya diberitahu sebenarnya dah lama kena.. dah bertahun, jarum pun sampai karat. Ada 34 jarum semuanya. Bila diberitahu, saya cuba imbas semula apa yang berlaku sebelum ini, Ahli keluarga pun namapak perubahan ketara saya, emosi tak stabil, panas baran, letih, lesu..bukan macam diri saya yang dulu.”

Advertisement

Menurut Firdaus lagi, bukan dia sahaja yang menderita penyakit misteri ini, tetapi ibunya turut terkena tempias.Kini selepas beberapa hari mendapatkan rawatan, dia mengakui berasa sedikit pulih dan lebih positif berbanding hari sebelumnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @fattahanas_boyyeah

Mengakui berasa sedih apabila ditimpa musibah sedemikian rupa, Firdaus turut tidak menyangka bahawa masih ada yang berani melakukan perbuatan syirik seperti itu di zaman moden kala ini. Mengakhiri perbualan, dia kini memilih untuk memaafkan sesiapa sahaja yang telah bertindak menyakiti dirinya dan keluarga kerana inginkan pahala dalam memaafkan kesalahan orang lain.

Sumber : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama