Angkara Iklan Grab, Netizen Berdebat Isu Suri Rumah Era Baru

Trending

Angkara Iklan Grab, Netizen Berdebat Isu Suri Rumah Era Baru

Baru-baru ini satu iklan billboard oleh syarikat perkhidmatan pengangkutan popular, Grab tular di media sosial dan menjadi perbualan hangat semua netizen.

Menerusi iklan tersebut, Grab ingin mempromosikan perkhidmatan penghantaran makanan atau ‘GrabFood’ mereka yang boleh memudahkan para isteri dan ibu yang bekerjaya.

Advertisement

Dalam iklan berkenaan, mereka menggunakan ayat seperti ini:

“Dalam era Malaysia baru, ibu ada pilihan untuk tidak masak”.

Kenyataan itu mengundang ‘perdebatan’ dalam kalangan netizen apabila seorang lelaki memuat naik satu tweet yang mengatakan lelaki haruslah memilih isteri dari era Malaysia lama kerana kalau mereka memilih isteri dari era Malaysia baru, GrabFood yang akan menjadi ‘isteri’ mereka.

Dalam erti kata lain para netizen wanita menganggap seperti lelaki tersebut memerli wanita zaman kini yang tidak pandai memasak atau tiada masa untuk menyediakan juadah untuk keluarga.

Akibat tweet tersebut, ramai wanita yang tidak berpuas hati dengan kenyataan itu lalu ‘meluahkan perasaan’ mereka dengan membalas komen-komen yang boleh ‘menyakitkan’ hati lelaki. 

Bagi mereka sebagai wanita yang bekerjaya, pendapat tersebut sangat tidak relevan lagi pada masa sekarang. Mereka bekerja untuk meringankan beban suami dan menunjukkan yang wanita boleh berdikari.

Bukan itu sahaja, ‘geng’ wanita ini turut berkata para suami perlulah menjadi lebih rajin dan ringan tulang membantu isteri, bukan hanya memberi arahan dan membiarkan isteri buat semua kerja sendiri.

Ada juga wanita yang berpendapat status suri rumah juga bukan alasan  para suami untuk melepaskan segala kerja rumah kepada isteri. Ini kerana bukan mudah untuk menguruskan rumah bersama anak-anak yang masih kecil. 
Tetapi bukan perempuan sahaja yang tidak setuju dengan pendapat bahawa hanya perempuan yang perlu memasak. Ada juga kaum lelaki yang memberi pendapat yang berlainan tentang topik ini.
GrabFood adalah perkhidmatan penghantaran makanan yang disediakan oleh syarikat aplikasi pengangkutan terbesar di asia ini.
Pengguna yang telah memuat turun aplikasi Grab, boleh menggunakan GrabFood untuk memesan makanan kegemaran mereka daripada restoran terdekat, dan pemandu Grab berdaftar akan menghantarkan makanan tersebut terus ke rumah anda.
Buat masa ini, perkhidmatan GrabFood hanya boleh didapati di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya dan akan segera dikembangkan ke lokasi-lokasi lain pada masa akan datang.
Buat kaum lelaki, apa salahnya isteri ingin memesan makanan sekali-sekala cuti daripada memasak. Untuk kaum wanita pula, kenalah belajar masak ya, takkan lah hari-hari nak order makanan kan. Tak salahkan kalau suami isteri boleh bertolak ansur dan tolong menolong.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...