“Angka Itu Nampak Besar Tapi..” – Speaker Dewan Rakyat Dedah Gaji Ahli Parlimen RM25K Tidak Cukup? Ini Sebabnya..

Berita

“Angka Itu Nampak Besar Tapi..” – Speaker Dewan Rakyat Dedah Gaji Ahli Parlimen RM25K Tidak Cukup? Ini Sebabnya..

Melalui sesi temubual bersama BFM, baru-baru ini, Datuk Seri Johari Abdul menjelaskan bahawa gaji asas Ahli Parlimen biasa (bukan eksekutif) adalah sekitar RM16,000 sebulan, manakala selebihnya datang daripada pelbagai elaun lain.

Gaji RM25,000 sebulan tidak cukup..

Bagi menteri pula, mereka memperoleh kira-kira RM15,000 lebih tinggi, menjadikan jumlah keseluruhan gaji sekitar RM40,000 sebulan.

Advertisement

Namun begitu, menurut ‘speaker’ Dewan Rakyat itu, gaji tersebut bukannya semata-mata memasuki duit poket mereka kerana perlu menanggung kos pejabat, gaji penyelidik atau staf, bil air, bil elektrik serta bantu rakyat sewaktu perayaan ataupun bermulanya musim sekolah.

Tapi saya dah 15 tahun jadi MP. Sebenarnya jumlah itu tidak cukup. Angka itu nampak besar tapi bila kira betul-betul ia tidak semestinya. Saya rasa kebanyakan MP tak kedekut.

Beliau menyatakan bahawa bergantung kepada saiz kawasan Parlimen, memang ramai rakyat akan beratur di pejabat Ahli Parlimen untuk meminta bantuan dan Johari sempat engimbas kembali pengalamannya sebagai Ahli Parlimen Sungai Petani, di mana  kawasan itu mempunyai kira-kira setengah juta penduduk.

Tak sampai hati menolak rakyat yang datang minta bantuan

Apabila ditanya mengapa kes sebegini tidak dirujuk sahaja kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat, Johari menjelaskan bahawa kebanyakan Ahli Parlimen tidak sampai hati untuk menolak rakyat yang datang meminta bantuan.

Anda sebagai MP yang diundi oleh rakyat. Berani ke nak cakap? Memang tak sanggup. Tak boleh.

Mengulas mengenai peruntukan kawasan sebanyak RM2 juta setahun bagi Ahli Parlimen kerajaan, Johari menegaskan bahawa dana tersebut tidak dimasukkan ke dalam akaun peribadi mereka.

Ia memang diperuntukkan, tetapi bukan dimasukkan ke dalam akaun sendiri. Jadi, walaupun jumlahnya nampak besar, sebenarnya itu bukan duit kami. Duit yang sebenar mungkin sekitar RM16,000 sebulan dan jumlah itu pula dikongsi dengan ramai pihak.

menteri agama indonesia dikecam rakyat
2025-09-04 14:12:30

"Kalau Mahu 'Buat Duit', Jangan Jadi Guru" - Menteri Agama Indonesia Teruk Dihentam Rakyat, Keluar Kenyataan Kontroversi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...