“Anggur Shine Muscat Tiada Racun Berbahaya” – KKM

Berita

“Anggur Shine Muscat Tiada Racun Berbahaya” – KKM

Melalui laporan Sinar Harian, anggur jenis ‘Shine Muscat’ tidak mengandungi residu racun perosak melebihi kadar maksimum yang dibenarkan (MRL).

Melalui kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dapatan tersebut merupakan hasil daripada Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM) yang dijalankan sejak 2020 hingga September 2024.

Advertisement

anggur muscat

Difahamkan, dalam tempoh tersebut, sejumlah 5561 sampel sayur-sayuran dan buah-buahan telah dianalisis bagi residu racun perosak.

Sejumlah 234 sampel anggur telah dianalisa dalam tempoh tersebut yang mana empat (1.71 peratus) telah dikesan tidak mematuhi MRL yang tidak melibatkan anggur Shine Muscat.

Dalam pada masa yang sama, KKM turut memaklumkan pihak mereka peka dan prihatin terhadap keresahan pengguna mengenai berita yang tular itu dan meyakinkan bahawa mereka sering menjalankan pemantauan di pintu masuk negara bagi memastikan keselamatan makanan terjamin.

anggur muscat

Sebelum ini, laporan The Thai Pesticide Alert Network (Thai-PAN) mendakwa anggur sejenis Shine Muscat mempunyai racun perosak melebihi MRL.

anggur muscat sebabkan masalah kesihatan
2 months ago

Anggur Muscat Sebabkan Selsema Dan Batuk? KPKM Siasat Dakwaan Terkandung Bahan Kimia Bahaya

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...