Anggur Muscat Sebabkan Selsema Dan Batuk? KPKM Siasat Dakwaan Terkandung Bahan Kimia Bahaya

Berita

Anggur Muscat Sebabkan Selsema Dan Batuk? KPKM Siasat Dakwaan Terkandung Bahan Kimia Bahaya

Sebelum ini, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memaklumkan bahawa pihak mereka akan mengambil tindakan jika buah anggur jenis ‘Shine Muscat’ didapati mengandungi bahan kimia berlebihan.

Penjualan buah anggur jenis itu dilihat semakin rancak gara-gara rasanya yang didakwa lebih manis dan sedap berbanding anggur jenis kebiasaannya.

Advertisement

Susulan pengumuman KPKM itu, ramai warga maya tampil berkongsi keadaan di mana ada yang mendakwa mereka merasa tidak sedap badan seperti keracunan makanan selepas menjamah buah tersebut.

Kongsi netizen, ada di antara mereka yang mengalami masalah kesihatan seperti demam, selesema, sakit tekak, batuk dan asma dan mengambil masa berminggu-minggu untuk pulih seperti sediakala.

Malah, ada yang mendakwa buah jenis ‘Shine Muscat’ itu manis luar biasa tidak seperti buah anggur biasa.

@sibungbung

Sultan nya Sultan , 1KG harganya 8jt , ini 1 kotak sekitar 500gr an harga 4jt ? … namanya Yamanashi Ruby Green Muscat , toko yg jual ada di video nama dan wa nya #sibungbung #reviewbuah #reviewbuahsultan

? Cooking BGM (Japanese style) – ArcTracks

Namun begitu, Menteri KPKM, Datuk Seri Mohamad Sabu memaklumkan pihak mereka belum menerima sebarang aduan berkenaan kejadian tidak diingini melibatkan keracunan buah anggur jenis itu.

Namun, pemantauan akan dilakukan dari semasa ke semasa bagi memastikan tiada kes keracunan dan perkara tidak diingini melibatkan buah itu terjadi kepada pengguna.

Berikuta itu, orang awam juga dipelawa untuk membuat laporan jika berdepan masalah kesihatan jangka pendek atau panjang selepas memakan anggur ‘Shine Muscat’ supaya tindakan selanjutnya dapat dilakukan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

PLKN
2 months ago

“Fokus Kita Tahun Hadapan Ialah Lepasan SPM..” - Timbalan Menteri Pertahanan Jelaskan Isu Had Umur Sertai PLKN

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...