Anggun Di Usia 40-an, Sharifah Sofia Kini Bahagia Besarkan Dua Anak Meskipun Bergelar Ibu Tunggal

Hiburan

Anggun Di Usia 40-an, Sharifah Sofia Kini Bahagia Besarkan Dua Anak Meskipun Bergelar Ibu Tunggal

Wajah ayu Sharifah Sofia sememangnya pernah mencuri tumpuan peminat industri hiburan tempatan, khususnya pada era kegemilangan sitkom dan drama televisyen Malaysia. Mula dikenali ketika berusia 15 tahun menerusi sitkom popular Spanar Jaya, bintang wanita ini terus meledak apabila membintangi drama terkenal seperti Nur Kasih dan Gol & Gincu.

Kini, pelakon yang juga kakak kepada bekas penjaga gol skuad kebangsaan Syed Adney itu telah pun mencecah usia 40 tahun pada 28 Julai lalu.

Advertisement

Bersempena ulang tahun kelahirannya, Sharifah Sofia atau nama lengkapnya Sharifah Sofia Syed Hussein, meluahkan rasa syukur atas perjalanan hidupnya yang penuh warna-warni, jatuh bangun dan pembentukan diri.

“40 today. MashaAllah tabarakallah. It’s been quite the adventure! Honestly, never in my wildest dreams did I think I’d be where I am, or who I am today. 20 years ago, I was just figuring things out. Still am but now with a little bit more grit and some grey hair.”

“I’ve made mistakes, I’ve had some wins, lost a few people, found myself (a few times), and somehow through all the madness, I’ve reached a point in my life where I am content, i am grateful, Alhamdulillah.”

Sofia yang kini hidup lebih tenang dan tertutup, sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Syed Ismail dan hasil perkahwinan itu dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Sharifah Ariana dan Sharifah Ameera.

Melihat pada pengakuannya, jelas bahawa Sofia kini menikmati hidup dengan penuh rasa redha dan syukur walaupun pernah berdepan ujian besar dalam hidup. Sebuah kisah ‘comeback’ tenang dan penuh makna bagi seorang wanita yang pernah bersinar di layar kaca tanah air.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Diana danielle dirangkul pelakon lelaki
2025-08-06 16:12:15

"Soft Launch Ke Ni?" - Diana Danielle & Fazziq Muqris Bercinta? Gambar Mesra Rangkul Pinggang Buat Netizen Tak Keruan!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Nona

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...