Anggota Tentera Meninggal Dunia, ATM Beri Jaminan Siasatan Telus & Tiada Kompromi

Trending

Anggota Tentera Meninggal Dunia, ATM Beri Jaminan Siasatan Telus & Tiada Kompromi

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memberi jaminan bahawa siasatan kes kematian anggota Batalion Ke-20 Rejimen Askar Melayu Diraja (20 RAMD), Prebet Muhammad Muqriz Aseri, akan dilakukan secara telus dan menyeluruh.

Memetik laporan Kosmo! Online, Menteri Pertahanan iaitu Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pihak ATM tidak akan berkompromi dalam perkara ini dan akan menyerahkan siasatan sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Advertisement

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

Ini adalah satu insiden yang jarang berlaku. Kita tak pernah dengar jadi atas sebab itulah kita nak kaji secara mendalam. Setiap tahun kita ada 5,000 rekrut dan ini adalah satu insiden yang terpencil.

 

Apa sebenarnya tak boleh nak kata ada dera sebagainya sebab tengah siasat. Kita serah pada pihak polis. Kita akan beri kerjasama.

 

Kita akan transparent (telus) dalam soal ini dan kita memang tidak berkompromi (terhadap) perkara-perkara seperti ini.

Dia juga menegaskan bahawa ATM akan memastikan insiden seperti ini tidak akan berulang pada masa hadapan.

angkatan tentera malaysia

Dalam pada itu, Khaled meminta agar orang ramai tidak membuat andaian sendiri dan mengaitkan kes ini dengan insiden di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Dont jump into conclusion, (Jangan terburu-buru buat kesimpulan). Jangan dicantumkan (kaitkan) antara yang berlaku di UPNM dengan yang ini (kematian prebet).

Difahamkan, siasatan awal Tentera Darat Malaysia (TDM) mendapati wujud unsur kekerasan (manhandling) yang dipercayai menjadi punca kematian Muhammad Muqriz.

Susulan itu, dua anggota prebet berusia 22 dan 24 tahun itu ditahan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana disyaki membunuh.

3 days ago

Tak Sempat Sahur, Anggota Tentera Meninggal Dunia Gara-Gara Disuruh Buat 'Commando Rest' Oleh Senior

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...