“Anggota Pun Angkat Kaki” – Tular Video Lima Lelaki Bertumbuk Dalam Balai Polis Di Klang

Viral

“Anggota Pun Angkat Kaki” – Tular Video Lima Lelaki Bertumbuk Dalam Balai Polis Di Klang

Tindakan melampau sekumpulan lelaki yang bukan sahaja bergaduh, malah berani memukul dan cuba menyerang anggota polis di dalam balai akhirnya membawa padah apabila mereka diberkas pihak berkuasa.

Insiden kekecohan itu berlaku di Balai Polis Meru, Klang kira-kira jam 9.40 malam Isnin lalu.

Advertisement

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao mengesahkan kejadian pergaduhan tersebut membabitkan sekumpulan lelaki tempatan.

Menurut beliau, kejadian bermula apabila tiga lelaki hadir ke balai polis berkenaan untuk membuat laporan.

“Siasatan awal mendapati, kejadian bermula apabila tiga lelaki tempatan hadir ke balai itu untuk membuat laporan polis. Namun, secara tiba-tiba mereka didatangi oleh lima lelaki lain.”

Situasi itu kemudian bertukar tegang sehingga mencetuskan perbalahan antara kedua-dua kumpulan.

Balai polis meru

“Situasi itu mencetuskan perbalahan antara kedua-dua pihak sehingga salah seorang daripada kumpulan lima lelaki itu bertindak memukul pengadu menggunakan sebatang besi.”

Kekecohan tersebut turut menyebabkan kerosakan pada televisyen milik balai polis sebelum kesemua suspek melarikan diri dari lokasi kejadian.

“Kekecohan itu turut mengakibatkan kerosakan televisyen milik balai polis sebelum semua suspek melarikan diri dari lokasi itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Susulan kejadian itu, polis berjaya menahan lima lelaki tempatan berusia antara 28 hingga 41 tahun bagi membantu siasatan.

“Dalam kes ini, kejadian dipercayai berpunca perselisihan faham antara kedua-dua belah pihak.”

“Kesemua tangkapan ditahan reman selama tiga hari sehingga esok (5 Mac) bagi tujuan siasatan lanjut,” katanya.

Dalam masa sama, polis kini sedang giat mengesan beberapa lagi individu yang sudah dikenal pasti bagi membantu siasatan.

Menurut Vijaya, pihak polis memandang serius insiden tersebut memandangkan ia melibatkan gangguan ketenteraman di dalam kawasan balai polis. – HARIAN METRO

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-03-04 14:57:16

(TERKINI) Pengarah Ladang Farm Fresh Maut Nahas Helikopter Di Filipina

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...