Anggota Polis Wanita Ditahan Syok Berhibur Di Kelab Malam Sambut ‘New Year’, Positif Empat Jenis Dadah

Kehidupan

Anggota Polis Wanita Ditahan Syok Berhibur Di Kelab Malam Sambut ‘New Year’, Positif Empat Jenis Dadah

Seorang anggota polis wanita ditahan ketika sedang seronok berhibur di sebuah pusat hiburan di Jalan Tun Razak, pada jam 2 pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, suspek ditahan dalam satu operasi khas Ops Hiburan sempena sambutan Ambang Tahun Baru.

Advertisement

Ujian saringan awal yang dijalankan ke atasnya turut mendapati anggota polis terbabit positif empat jenis dadah iaitu Amphetamine, Methamphetamine, Ketamin dan Benzo.

berhibur pusat hiburan

Difahamkan, suspek yang berusia 26 tahun itu sedang bercuti sebelum melaporkan diri di Kontinjen Johor.

Suspek telah dibawa ke Ibu Pejabat Wangsa Maju untuk tindakan lanjut dan ditahan reman selama dua hari sehingga Khamis bagi membantu siasatan.

Bagaimanapun, dia kemudian dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu laporan patalogi. Kes disiasat bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM5,000 dan diwajibkan pengawasan tidak kurang dua tahun atau tidak lebih tiga tahun, jika sabit kesalahan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

koperal polis didakwa rompak warga bangladesh
2 weeks ago

Anggota Polis Pangkat Koperal Didakwa Rompak Jongkong Emas Bernilai Lebih RM500,000 Milik Warga Bangladesh

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...