Anggota Polis Terima Pampasan RM58,000 Selepas Foto ‘Bogel’ Dirakam Kamera Google Street View

Kehidupan

Anggota Polis Terima Pampasan RM58,000 Selepas Foto ‘Bogel’ Dirakam Kamera Google Street View

Gara-gara foto bogel yang menampakkan punggungnya tersebar di Google Street View, seorang anggota polis dilaporkan menerima pampasan.

Menurut laporan, Google Street View sedang merakam gambar jalanan dan tanpa sengaja foto lelaki berkenaan yang sedang berbogel di halaman rumahnya di Buenos Aires, Argentina turut dirakamkan.

Advertisement

Nombor rumah, nama jalan, dan imej punggungnya yang terdedah telah disiarkan di TV Argentina dan menjadi tular di media sosial. Anggota polis tersebut mendakwa insiden itu telah menyebabkan kemudaratan kepada maruah dirinya.

 

Dinding tak cukup tinggi

Berdasarkan foto itu, lelaki berkenaan sedang berada di patio rumahnya dan mangsa mendakwa dia berada di belakang dinding setinggi enam kaki setengah (kira-kira 2 meter).

Google Street ViewSumber : Localo 

Bagaimanapun, pihak Google dalam hujahan mereka berkata dinding tersebut tidak cukup tinggi untuk menghalang pandangan kamera digunakan.

Mahkamah pada awalnya memihak kepada Google selepas Hakim berkata lelaki itu yang bersalah kerana berbogel di kawasan terbuka rumahnya.

Hakim juga berpandangan bahawa hanya dia sahaja yang mampu mengenal pasti dirinya dalam gambar itu namun keputusan tersebut kemudian dibatalkan selepas rayuan difailkan.

Hakim rayuan memutuskan bahawa “maruah lelaki itu telah dicabuli secara terang-terangan” dan menganugerahkan sejumlah wang dalam peso Argentina yang bersamaan dengan kira-kira AS$12,500 (sekitar RM58,000), yang perlu dibayar oleh Google.

 

Google perlu bertanggungjawab

Para hakim menegaskan bahawa dalam kes ini tidak syak lagi berlaku pencerobohan sewenang-wenangkan ke dalam kehidupan orang lain.

Mereka mendapati “tiada justifikasi bagi (Google) untuk mengelak tanggungjawab atas kesalahan serius ini yang melibatkan pencerobohan ke dalam rumah plaintif, dalam domain peribadinya, sekali gus menjejaskan maruahnya.”

Tiada siapa yang mahu kelihatan terdedah kepada dunia seperti hari mereka dilahirkan.

foto bogel dalam Google Street View

Mahkamah rayuan turut menyatakan bahawa Google selalunya mengaburkan imej wajah orang dan plat lesen namun dalam kes ini bukan wajahnya kelihatan tetapi seluruh tubuh bogelnya, imej yang sepatutnya juga dielakkan daripada dirakam dan disiarkan.

Menurut laporan, lelaki berkenaan telah menerima pampasan daripada pihak Google kira-kira $12,500 (sekitar RM58,000).

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Dimalukan di tempat kerja dikira jenayah
2025-07-17 17:16:13

Dibuli Atau Dimalukan Depan Staf Lain? Mulai 11 Julai 2025, Gangguan Di Pejabat Dikira Jenayah - "Alasan ‘Melawak’ Dah Tak Relevan"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : CBS News

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...