Para pegawai dan anggota Polis akan berdepan kesukaran dinaikkan pangkat dalam Polis DIraja Malaysia (PDRM) jika indeks jisim badan (BMI) melebihi 29.
Perkara tersebut dilontarkan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mazlan Lazim yang mengingatkan semua ketua jabatan memastikan anggota di bawah kawalan masing masing memiliki BMI yang menepati piawaian PDRM.
“Saya mahu warga polis Kuala Lumpur mengambil inisiatif mengenai perkara ini dan saya tidak mahu mereka mencapai BMI melebihi 29.
“Kalau ada antara mereka yang mencapai bacaan itu (melebihi 29) mereka perlu buat senaman. Ini bagi memastikan mereka cukup cergas dan ‘fit’ apatah lagi dengan penugasan di Kuala Lumpur yang begitu mencabar,” katanya ketika berucap pada majlis mesra media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.