Anggota Polis Pangkat Koperal Didakwa Rompak Jongkong Emas Bernilai Lebih RM500,000 Milik Warga Bangladesh

Berita

Anggota Polis Pangkat Koperal Didakwa Rompak Jongkong Emas Bernilai Lebih RM500,000 Milik Warga Bangladesh

Seorang anggota polis berpangkat Koperal hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan terhadap seorang lelaki warga Bangladesh, bulan lalu.

Muhammad Arieff Marhalim, 40, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Izralizam Sanusi.

Advertisement

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Robin Miah bersama-sama dengan seorang lagi suspek yang masih bebas.

Muhammad Arieff didakwa merompak jongkong emas anggaran berat 1,499.81 gram bernilai RM580,345.26, wang tunai RM7,000 dan sebuah telefon bimbit jenis Redmi Note 13 yang merupakan harta dalam kawalan mangsa.

jongkong emas

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Jalan Pudu, Dang Wangi pada 12.25 tengah hari hingga 3.15 petang, 26 November lepas mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

Tertuduh berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat, jika disabit bersalah.

Terdahulu, ketika perbicaraan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Aisyah Mohamed Zanyuin mencadangkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin.

hakim di mahkamah

Bagaimanapun, peguam yang mewakili tertuduh iaitu Shah Rizal Abdul Manan memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya masih berkhidmat dan mempunyai tanggungan keluarga termasuk tiga orang anak.

Izralizam membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 Januari depan untuk sebutan kes.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

polis buat aksi lucah
1 month ago

Anggota Buat Aksi Tak Senonoh Terhadap Wanita, Ini Jawab Ketua Polis - "Siasatan Telah Dimulakan"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...