Anggota Polis Menyamar Jadi Pelanggan, Ibu 7 Anak Di Kelantan Didenda RM2,000 Tawar Khidmat Seks Melalui Whatsapp

Kehidupan

Anggota Polis Menyamar Jadi Pelanggan, Ibu 7 Anak Di Kelantan Didenda RM2,000 Tawar Khidmat Seks Melalui Whatsapp

Mahkamah Majistret Kota Bharu, Kelantan menjatuhkan hukuman denda RM2,000 terhadap seorang suri rumah berusia 36 tahun selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mencari langganan bagi tujuan persundalan.

Tertuduh, Aniza Shakiera Ahmad membuat pengakuan terhadap kesalahan itu yang dilakukan di sebuah rumah tumpangan di Kubang Kerian pada bulan lalu.

Advertisement

Berdasarkan pertuduhan, Aniza Shakiera didakwa mencari langganan bagi maksud persundalan di Kubang Kerian kira-kira pukul 7.30 malam pada 16 November lalu.

ibu 7 anak tawar khidmat seks melalui Whatsapp

Mengikut fakta kes, Cawangan Bahagian Pencegahan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan telah menumpaskan kegiatan pelacuran menerusi Op Noda di rumah tumpangan itu pada tarikh yang sama.

Operasi itu dijalankan pada kira-kira jam 7.30 malam dan seorang anggota polis telah menyamar sebagai pelanggan untuk membuat langganan dengan tertuduh.

Aniza Shakiera telah menawarkan perkhidmatan seks kepada anggota polis tersebut melalui aplikasi WhatsApp dengan bayaran sebanyak RM150 untuk sekali langganan.

wanita tunjuk mesej di telefon

Gambar hiasan

Peguam yang mewakili tertuduh memohon jaminan dikurangkan atas faktor anak guamnya adalah suri rumah sepenuh masa dan mempunyai tujuh orang anak serta suami bekerja di kilang pemprosesan ayam.

Mahkamah mengenakan denda RM2,000 dan jika gagal membayar denda, boleh dipenjara dua bulan. Aniza bagaimanapun dilaporkan telah membayar denda yang ditetapkan itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

lelaki didenda sebar video swinger isteri
2 weeks ago

Mengaku Sebar Video Lucah 'Swinger' Berkumpulan Dengan Isteri Di Media Sosial, Bapa 4 Anak Didenda RM80,000

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...