Anggota Polis Menangis Dapat Berita Ibu & Ayah Ditidurkan

Trending

Anggota Polis Menangis Dapat Berita Ibu & Ayah Ditidurkan

Seperti yang kita tahu, sejak kebelakangan ini banyak juga kita dengar tentang pesakit Covid-19 ditidurkan dalam rawatan intubasi dengan dibantu oleh mesin pernafasan.

Menurut Ketua Jabatan Anestesiologi, Fakulti Perubatan Universiti Malaya Prof Dr Ina Ismiarti Shariffuddin, pesakit Covid-19 diminta mengucapkan kalimah syahadah sebelum ditidurkan bukan menandakan seseorang itu nazak atau tiada harapan hidup.

Advertisement

4 years ago

Dokumentari Papar Situasi Sebenar Pesakit Covid-19 Dipuji, Netizen Sebak Dengar Kata-Kata Jururawat Ini

Katanya, pesakit yang ditempatkan di ICU sememangnya kritikal dan sebagai salah satu cara merawat ialah dengan menidurkan pesakit. Ia juga bertujuan untuk memberikan bantuan pernafasan.

Sebagai rekod, di dalam Islam memang umatnya disuruh supaya mengucap sebelum tidur. Walau bagaimanapun, tidak semua pesakit Covid-19 ‘ditidurkan’ kerana banyak kriteria diambil perhatian sebelum pakar buis memutuskan tindakan lanjut dalam memberikan rawatan.

Seorang anggota polis menangis teresak-esak ketika bertugas selepas menerima berita tentang ibu dan ayahnya yang terpaksa ditidurkan.

Tular baru-baru ini di laman media sosial TikTok, sebuah perkongsian video daripada seorang pengguna yang memaparkan situasi seorang anggota polis yang berada di dalam kereta ketika sedang bertugas.

Dalam perkongsian video tersebut, anggota polis itu dilihat sedang bercakap dengan seseorang dalam sebuah panggilan telefon. Apa yang membuatkan ramai penonton perkongsian video tersebut sebak adalah apabila dia menerima berita tentang ibu bapanya yang merupakan pesakit Covid-19 terpaksa ‘ditidurkan’.

Lebih menyedihkan dan menyentuh hati, anggota polis tersebut dilihat menangis teresak-esak kerana tidak dapat mengawal perasaannya selepas mendengar berita itu. Kesian ‘abang’ polis tu, semoga tabah ya.

“Mereka juga manusia biasa. Di sebalik uniform terselit banyak cerita suka duka”

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 775.5 ribu tontonan, 93.7 ribu tanda like dan 6.4 ribu komen. Rata-rata netizen turut merasa sebak melihat situasi yang dialami anggota polis itu.

Anggota polis menangis ibu bapa ditidurkan

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

 

Anggota polis menangis ibu bapa ditidurkan

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Ramai juga yang memberikan kata-kata semangat kepada anggota polis tersebut supaya tabah dan mendoakan semoga ibu bapanya kembali pulih seperti biasa.

Tidak kurang juga yang mengatakan anggota polis atau badan beruniform ini juga manusia biasa dan mereka juga perlu melalui detik suka mahupun duka dalam kehidupan.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...