Kira-kira seramai 78 anggota polis di sini didenda untuk melakukan tekan tubi, lompat pengakap dan dan pelbagai jenis senaman sebelum diarahkan untuk tidur di bawah panas matahari dihadapan Pejabat, lapor portal Harian Metro.
Mereka diarahkan berbuat demikian sebagai salah satu hukuman kerana malas ke Masjid untuk menunaikan solat atau tidak ke masjid di ibu pejabat polis itu ketika azan berkumandang.
Ketua ibu pejabat polis Surabaya Toni Sugiyanto berkata, dia amat kesal melihat anggota berkenaan hanya bersantai di berek masing-masing ketika azan berkumandang walaupun tidak bertugas atau meronda.
Denda berkenaan yang baru dimulakan kelmarin(10/2) dilakukan kepada anggota polis kecuali mereka yang bukan beragama Islam dan diwajibkan menunaikan solat di masjid di perkarangan ibu pejabat polis itu setiap waktu.
Menurutnya, hukuman yang dikenakan ke atas anggota yang tidak bersolat itu adalah teguran agar mereka belajar mentaati perintah.