Anggota Polis Berpangkat Sarjan Disyaki Terima Rasuah RM3,700

Trending

Anggota Polis Berpangkat Sarjan Disyaki Terima Rasuah RM3,700

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang, menahan seorang anggota polis berpangkat sarjan, kerana dipercayai telah menerima rasuah sebanyak RM3,700.

SPRM dalam satu kenyataannya hari ini memaklumkan anggota polis berusia 37 tahun itu  yang bertugas sebagai Pembantu Pegawai Penyiasat Trafik di Balai Polis Trafik Kuantan, Pahang telah ditahan di Pejabat SPRM Negeri Pahang, hari ini.

Advertisement

Difahamkan, anggota polis tersebut dikatakan meminta rasuah daripada syarikat membaiki kereta sebagai balasan untuk membolehkan syarikat tersebut mendapatkan kerja-kerja membaik pulih kenderaan yang terlibat dengan kemalangan jalan raya yang disiasat oleh Bahagian Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pahang, Hairuzam Mohmad Amin @ Hamim, ketika dihubungi mengesahkan penahanan anggota polis berkenaan.

Suspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) ASPRM 2009.

 Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...