Video dikongsikan oleh seorang anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Azrie di TikTok telah menjadi perhatian selepas rakaman itu memaparkan tempat tinggal gelandangan.
Rakaman tersebut kemudian turut dikongsikan individu lain di Facebook dan menunjukkan beberapa pegawai MBSP menyelak kepingan kotak yang menutup bahagian bawah longkang besar.
Ternyata ruang sempit dan tersembunyi itu menjadi tempat tinggal gelandangan dan menerusi video, boleh dilihat ia lengkap dengan katil, tilam dan selimut berwarna kuning disusun rapi di longkang terbabit.
Sementara itu, di sisi katil tersebut pula kelihatan satu rak besi dipercayai untuk menggantung serta beberapa barang kelengkapan rumah termasuklah botol minyak masak terpakai.
Tonton video penuh di sini:
Difahamkan, video tersebut pada mulanya dikongsikan di TikTok namun selepas mendapat perhatian ramai, pihak TikTok menurunkan hantaran tersebut tanpa sebab diketahui.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.