Anggota Keluarga Berbalah Rebut Hak Penjagaan Anak Yatim, JKM Akan Campur Tangan Jika Perbalahan Jadi Makin Rumit

Trending

Anggota Keluarga Berbalah Rebut Hak Penjagaan Anak Yatim, JKM Akan Campur Tangan Jika Perbalahan Jadi Makin Rumit

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan campur tangan sekiranya hak penjagaan 2 anak yatim piatu yang kehilangan ibu bapa akibat nahas jalan raya pada Mei tahun lepas, gagal diselesaikan anggota keluarga.

Advertisement

Pada masa sama, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim, kecewa terhadap perebutan hak penjagaan Nur Firuza Amira Fairuz Nizam, 8, dan adiknya, Nur Firuza Aqilah, 5, yang ibu bapa mereka maut dalam kemalangan ngeri di Lebuhraya Duta Ulu Kelang (Duke).

“Ia adalah pertikaian keluarga. Saya harap mereka dapat selesaikannya supaya berada pada keadaan terbaik untuk menjaga 2 kanak-kanak itu,” katanya.

Fairuz Nizam, 35, isterinya Nova Safitri, 27, serta bayi perempuan 7 bulan mereka, Nur Annisa Firuza maut dalam kemalangan ngeri di Lebuhraya Duke pada 2 Mei tahun lepas.

Rohani berkata pihaknya sedang mendapatkan maklumat dan laporan terperinci berhubung keadaan 2 adik-beradik itu sebelum mengambil sebarang tindakan lanjut.

“Jika keadaan di luar kawalan, kami akan campur tangan. Kami memang ada hak mengambil penjagaan anak ini (diletakkan di institusi kebajikan) bagi kepentingan kanak-kanak itu.

“Namun, ia adalah pilihan terakhir. Apa yang saya utamakan ialah mereka diberi kasih sayang sepenuhnya,” kata Rohani.

Menurutnya, beberapa hari selepas kemalangan itu, anggota keluarga mereka sepakat menyerahkan hak penjagaan 2 adik-beradik tersebut kepada seorang anggota keluarga namun kini mereka pula bertelagah untuk mendapatkan hak penjagaan mereka.

“Pada masa itu, mereka memberi jaminan kepada kami. Pada ketika itu, saya juga amat gembira sebab ahli keluarga sepakat untuk menjaga 2 adik-beradik itu dan JKM mahu hak penjagaan diberikan kepada ahli keluarga terdekat. Kini, apa yang berlaku amat mengecewakan,” katanya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...