Terbaru, Ketua Polis Kuala Lumpur iaitu Datuk Rusdi Mohd Isa memaklumkan pihaknya telah mengenal pasti seorang anggota polis yang didakwa melakukan aksi tidak senonoh terhadap seorang wanita dalam satu protes di ibu negara, Jumaat lalu.
Difahamkan dari laporan MalaysiaGazzette, satu siasatan dalam dibuka terhadap anggota tersebut yang kini sedang bertugas di kawasan ibu negara.
GANGGUAN SEKSUAL menjijikkan yang dilakukan oleh pegawai @PDRMsia [kemungkinan Wangsa Maju] semasa protes @G3G4R_official di @usembassykl pada hari ini.
aksi sebegini tidak boleh diterima 😠🤬 @saifnasution @NancyShukri @KPWKM pic.twitter.com/pk5e8IblxO
— amanda ~ (@amandaaalouisss) December 13, 2024
Siasatan telah dimulakan walaupun polis tidak menerima laporan berhubung perkara itu.
Sebelum ini, seorang wanita telah menularkan beberapa foto memaparkan bukti seorang anggota polis melakukan isyarat lucah sewaktu sedang bertugas di satu protes.
Lebih menjijikan, wanita itu mendakwa polis berkenaan melakukan aksi sedemikian berulang kali untuk memastikan dirinya dapat dilihat.